Mahkamah gugur dakwaan rogol Ronaldo

Mahkamah gugur dakwaan rogol Ronaldo
LOS ANGELES: Mahkamah Amerika Syarikat menggugurkan dakwaan kes rogol terhadap Cristiano Ronaldo oleh bekas model dan guru, Kathryn Mayorga.
Mayorga mendakwa dia dirogol bintang bola sepak itu di dalam bilik hotel di Las Vegas pada tahun 2009, tetapi hakim Jennifer Dorsey menggugurkan kes berkenaan.
Pemain Manchester United dan Portugal itu menafikan tuduhan ke atasnya dan menegaskan hubungannya dengan Mayorga atas dasar suka sama suka.
Kes berkenaan pernah digugurkan pada tahun 2019, di mana peguam bela berkata serangan seksual oleh pemain bola sepak itu tidak dapat dibuktikan.
Bagaimanapun Mayorga, yang enggan namanya dirahsiakan, mengambil tindakan sivil dengan menuntut pampasan jutaan ringgit.
Walaupun Mayorga pernah bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah sebanyak AS$375,000 (RM1.65 juta), dia cuba menghidupkan semula kes berkenaan atas alasan dia masih trauma ketika rundingan penyelesaian itu.
Dalam percubaan pihak pendakwa menghidupkan semula kes, Dorsey mendapati, peguam Mayorga, Leslie Stovall menggunakan dokumen “yang diperoleh secara haram” sebagai bukti secara berulang kali.
Dokumen berkenaan termasuk e-mel antara peguam Ronaldo yang membincangkan strategi penyelesaian untuk kes berkenaan. Atas sebab itu, Dorsey memutuskan kes berkenaan tidak boleh dibuka semula. – AFP
Presiden Sri Lanka gugur ahli keluarga daripada anggota Kabinet
Mahkamah gugur dakwaan rogol Ronaldo
Disyorkan Untuk Anda :
- Penyelesaian Canggih Dr Maza Selesaikan Isu Bon Odori
- Suhu Di Jangka Mungkin Melangkau Suhu Strok Haba
- Muafakat Nasional Tidak Mungkin Menang Di Selangor
- Wajarkah Hukuman Mati Di Mansuhkan?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Terbongkar Gopal Sri Ram Juga Tersenarai Sebagai Penerima Dana 1MDB