Penjawat awam antara ditahan positif dadah

Penjawat awam antara ditahan positif dadah
Sekumpulan individu yang berhibur di pusat hiburan di bandar raya Johor Bahru ditahan kerana penyalahgunaan dadah. – Foto IHSAN PDRM

Penjawat awam antara ditahan positif dadah

JOHOR BAHRU: Seorang penjawat awam dan remaja perempuan bawah umur antara 52 individu ditahan kerana penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Mohd Afzanizam Yahaya, berkata mereka yang berusia antara 17 hingga 41 tahun ditahan dalam operasi dijalankan jam 2 pagi.

Beliau berkata, mereka ditahan selepas pemeriksaan ke atas 180 pengunjung yang berhibur di premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan, katanya, seramai 34 lelaki termasuk seorang penjawat awam positif dadah, 18 wanita dan seorang remaja bawah umur berusia 17 tahun turut didapati positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine.





“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang mendakwa sebagai penjaga premis.

“Premis berkenaan dibenar beroperasi sehingga jam 12 tengah malam tetapi dikesan beroperasi lebih masa ketika serbuan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor 4/98 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

7 penjawat awam antara 80 ditahan di pusat hiburan





 

Penjawat awam antara ditahan positif dadah


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Terbongkar Gopal Sri Ram Juga Tersenarai Sebagai Penerima Dana 1MDB





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker