SAZALI BERHARAP DAPAT TAMBAH TUJUH TAHUN LAGI ISU WANG ROYALTI

SAZALI BERHARAP DAPAT TAMBAH TUJUH TAHUN LAGI ISU WANG ROYALTI

SAZALI BERHARAP DAPAT TAMBAH TUJUH TAHUN LAGI ISU WANG ROYALTI

Anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 63, yang sebelum ini buntu apabila kontrak royalti karya bapanya yang diperoleh daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) selama ini bakal tamat tahun depan itu berharap wang royalti tersebut terus dinikmati.

Sazali berkata, dia menyeru kepada kerajaan dan pihak bertanggungjawab untuk menambah tempoh perlindungan hak cipta sekurang-kurangnya tujuh tahun lagi.

“Kalau boleh, selagi masih hidup saya nak rasa duit royalti lagu arwah bapa saya yang sehingga kini dimainkan di stesen radio dan televisyen. Hidup dan mati adalah rahsia Allah, tapi di usia sekarang ini saya sedar umur pun mungkin dah tak panjang.





“Jadi, selagi masih hidup saya berharap dan menanti berita gembira agar tempoh royalti arwah bapa saya terus dinikmati untuk tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun lagi.

“Duit royalti ini bukan untuk saya hidup bermewah-mewah, sebaliknya saya perlukannya untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana kesihatan saya dan isteri tidak berapa baik.

“Kami sekarang kerap ke hospital untuk bertemu doktor dan setiap kali ke hospital perlu guna wang untuk pengangkutan. Selain itu, kos hidup di sini juga semakin tinggi dengan harga barang yang semakin naik,” katanya.

Menurut Sazali, sejak berita mengenai royalti P Ramlee yang bakal tamat tempoh tahun depan, dia mengaku dihujani panggilan telefon daripada pelbagai pihak, namun masih belum mendapat rezeki bantuan.


Disyorkan Untuk Anda :


 





“Ramai yang menghubungi bertanya khabar dan mengambil berat mengenai keadaan saya dan isteri. Cuma dari sudut bantuan belum ada rezeki lagi. Jujurnya saya perlukan bantuan berbentuk kewangan untuk membeli barangan keperluan harian dan pengangkutan. Sekiranya ada pihak atasan termasuk menteri nak jumpa, saya sedia beri kerjasama dan berbesar hati,” katanya.

Selepas Sazali meluahkan isi hatinya yang buntu itu, beberapa pihak termasuk persatuan hiburan dan artis memohon kerajaan mempertimbangkan supaya tempoh perlindungan hak cipta dinaikkan kepada 70 tahun berbanding 50 tahun ketika ini atau waris boleh menerima royalti selama-lamanya.

MACP pula bersedia untuk membincangkan dan memperhalusi isu berkenaan bersama kerajaan.

SAZALI BUNTU KONTRAK ROYALTI LAGU KARYA BAPANYA





SAZALI BERHARAP DAPAT TAMBAH TUJUH TAHUN LAGI ISU WANG ROYALTI


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Terbongkar Gopal Sri Ram Juga Tersenarai Sebagai Penerima Dana 1MDB





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker