Tanda harga Pi RM21,000!

Tanda harga Pi RM21,000!

Tanda harga Pi RM21,000!

Hulu Terengganu: Kerbau jantan milik seorang anak peneroka Felda di Felda Jerangau, Ajil bakal menjadi ternakan paling besar dan mahal yang akan dikorbankan pada Adiladha bulan depan.

am@hmetro.com.my
Kerbau yang dipanggil Pi itu berusia tiga tahun sembilan bulan seberat 1,095 kilogram (kg) atau satu tan 95kg itu akan dibeli oleh seorang penduduk dengan harga RM21,000.

W Mohd Ridzuan W Zamri, 32, berkata, dia membeli kerbau kesayangan itu ketika kerbau itu berusia 10 bulan dengan harga RM5,500 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.





“Tiga tahun saya membelai dan menjaga Pi dan akhirnya terpaksa akur dan menjualnya.

“Jika diikutkan saya masih sayang untuk menjual Pi, maklumlah usia Pi masih muda dan boleh bertambah besar sekiranya dijaga dengan baik.

“Saya tidak dapat menolak tawaran yang dibuat oleh seorang penduduk untuk membeli Pi, bukan kerana harga yang ditawarkan, tetapi niat murni pembeli itu untuk menjadikan Pi ternakan korban pada tahun ini,” katanya ketika ditemui di kandang kerbau miliknya, semalam.

W Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan panggilan Along berkata, kerbau itu akan dihantar kepada pembeli sehari sebelum Hari Raya Aidiladha di Kemaman.

“Sejak gambar kerbau seberat 1,095kg itu tular di media sosial, ramai orang datang ke kandang untuk menjenguk dan membelinya.





“Mungkin sebab jarang kerbau boleh mencapai berat 1,000kg seperti itu seterusnya mendorong orang ramai datang untuk melihatnya.

“Ramai yang hairan melihat Pi yang terlalu besar dan tinggi berbanding kerbau biasa oleh itu sebelum ini Pi pernah ditawar dengan harga RM14,000 dan RM18,000, tetapi saya tidak sedia menjualnya,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri tidak menjangka kerbau itu boleh mencapai berat 1,000kg seterusnya mencipta rekod antara kerbau terbesar di negeri ini.

“Saya hanya menjaganya dengan sebaik mungkin termasuk pemberian vitamin dan makanan yang secukupnya.

“Saya memperuntukkan RM15 sehari untuk makanan dedak dan rumput napier jeruk yang diberi dua kali sehari,” katanya.





Harga durian dijangka meningkat sekali ganda

Tanda harga Pi RM21,000!


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Terbongkar Gopal Sri Ram Juga Tersenarai Sebagai Penerima Dana 1MDB

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker