Terkilan tak sempat selamatkan nenek, ibu saudara

Terkilan tak sempat selamatkan nenek, ibu saudara
Rozalia menunjukkan lokasi mayat neneknya ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Titingan Blok 3, Tawau, tengah malam tadi. – NSTP/ABDUL RAHMAN TAIMING

Terkilan tak sempat selamatkan nenek, ibu saudara

TAWAU: “Saya dengar nenek jerit beberapa kali minta tolong kerana tak dapat buka pintu utama sebelum suaranya perlahan-lahan lenyap ketika kepulan asap makin menebal dan api kian marak”.

Menurut Rozalia Aida Fitria Burhanuddin, 32, neneknya, Sadiah Jabar, 80, dan ibu saudara, Kamisah Mapiasah, 49, dipercayai terperangkap dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Titingan Blok 3, dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Sadiah ditemukan rentung dalam keadaan tertiarap di hadapan pintu utama kediaman berkenaan, manakala mayat anak perempuannya pula ditemukan dalam salah satu bilik sejurus operasi memadam kebakaran oleh pasukan bomba selesai.

Keadaan rumah Sadiah yang musnah dalam kebakaran tengah malam tadi. – NSTP/ABDUL RAHEMANG TAIMING

“Ketika itu api sangat marak, hampir seluruh rumah sudah terbakar termasuk tangga menghubungkan pintu utama tempat nenek menjerit meminta tolong.





“Beberapa kali saya cuba masuk rumah, tapi api sudah marak dan tangga juga sudah runtuh. Bapa saudara, Irwan Mapiasah melecur bahu ketika cuba meredah api untuk menyelamatkan nenek,” kata Rozalia ketika ditemui pagi ini.

Dia menjelaskan, ketika kejadian abang sulung dan seorang lagi ibu saudara mereka yang berada di bahagian dapur dan tandas di tingkat bawah rumah, sempat menyelamatkan diri.

“Saya hanya mampu menitiskan air mata apabila menyaksikan jasad kedua-dua mereka diangkat oleh anggota bomba sebelum dibawa ke hospital,” katanya.

Rozalia masih sukar menerima hakikat kehilangan insan paling rapat dalam hidupnya selain sedih dan terkilan kerana tidak mampu menyelematkan nenek dan ibu saudaranya.

“Bagaimanapun, keluarga reda dengan kejadian ini dan menganggap ia takdir serta ketentuan ilahi,” katanya memaklumkan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 3 selepas urusan di hospital selesai.





Dalam kejadian berkenaan, tiga rumah musnah sepenuhnya, manakala dua lagi masing-masing terbakar 40 dan 60 peratus.

Nenek antara 17 individu ditahan dalam parti liar

Terkilan tak sempat selamatkan nenek, ibu saudara


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Terbongkar Gopal Sri Ram Juga Tersenarai Sebagai Penerima Dana 1MDB

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker