2 wanita sesat 4 jam turun bukit ditemukan selamat

2 wanita sesat 4 jam turun bukit ditemukan selamat
KOTA KINABALU: Dua wanita ditemukan selamat selepas dilaporkan tersesat hampir empat jam ketika menuruni Bukit Helang di Kampung Kebagu, Manggatal, di sini, malam tadi.
Mangsa berusia 26 dan 27 tahun itu dijumpai pasukan penyelamat di kawasan Bukit Helang pada jam 8.33 malam.
Kedua-dua wanita itu dikatakan mula mendaki Bukit Helang kira-kira jam 4 petang sebelum tersesat ketika menuruni bukit berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.15 petang daripada salah seorang mangsa terbabit.
Katanya, mereka memaklumkan gagal menjumpai jalan keluar ketika menuruni bukit itu.
“Susulan itu, sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bergegas ke lokasi bagi menjalankan kerja mencari dan menyelamat.
“Pencarian yang turut dibantu anggota polis dan penduduk kampung itu akhirnya menemukan mangsa dalam keadaan selamat pada jam 8.33 malam tadi di kaki Bukit Helang,” katanya, di sini, hari ini.
Katanya, pasukan bomba kemudian mengiringi kedua-dua mangsa turun ke bawah bukit dengan selamat sebelum menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.03 malam,” katanya.
2 wanita sesat 4 jam turun bukit ditemukan selamat
Disyorkan Untuk Anda :
- Terbongkar Gopal Sri Ram Juga Tersenarai Sebagai Penerima Dana 1MDB
- Tommy Thomas Pernah Jadi Peguam PAS
- PPBM Cuba Melakunkan Watak Hero Di Kala Rakyat Susah
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.