Amnesty tuduh Russia guna bom berangkai bunuh orang awam

Amnesty tuduh Russia guna bom berangkai bunuh orang awam
Tentera Ukraine bersiap untuk menembak roket di bandar Izyum, selatan Kharkiv. – Foto AFP

Amnesty tuduh Russia guna bom berangkai bunuh orang awam

KYIV: Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International menuduh Russia melakukan jenayah perang di Ukraine dengan kebanyakan serangan yang meragut nyawa ratusan penduduk di Kharkiv menggunakan bom berangkai.

Laporan kumpulan hak asasi manusia itu mengenai bandar kedua terbesar di Ukraine itu bertajuk ‘Sesiapa sahaja boleh mati bila-bila masa’, menjelaskan bagaimana tentera Russia memulakan serangan yang menyasarkan penduduk di kawasan Kharkiv ketika melakukan pencerobohan ke atas Ukraine bermula pada 24 Februari lalu.

Laporan itu menyebut serangan dilakukan ‘tanpa henti’ selama dua bulan dan ia menyebabkan kemusnahan di bandar yang dihuni 1.5 juta penduduk.

“Pengeboman berulang membabitkan kawasan kejiranan kediaman di Kharkiv adalah serangan tidak memilih sesiapa yang membunuh dan mencederakan ratusan orang awam….maka ia adalah jenayah perang,” kata kumpulan hak asasi manusia itu dalam laporan mengenai bandar kedua terbesar di Ukraine.





“Penggunaan berterusan senjata letupan di kawasan awam yang berpenduduk yang dibuat berulang kali menyebabkan sejumlah besar orang awam maut dan ia mungkin menyasarkan kepada penduduk di sini,” katanya dalam laporan mengenai bandar kedua terbesar di Ukraine itu.

“Orang ramai dibunuh di rumah mereka, di jalanan, di taman permainan, di tanah perkuburan, ketika beratur untuk bantuan kemanusiaan, atau sewaktu membeli makanan dan ubat-ubatan.


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Penggunaan bom berangkai yang diharamkan secara berulang amat mengejutkan dan ia satu lagi petunjuk bahawa mereka sama sekali tidak menghiraukan nyawa orang awam,” kata Penasihat Kanan Tindak Balas Krisis, Amnesty International, Donatella Rovera.

Beliau turut menegaskan, tentera Russia perlu bertanggungjawab ke atas siri serangan berdarah berkenaan.





Pentadbiran Tentera Kharkiv memberitahu Amnesty, seramai 606 orang awam telah terbunuh dan 1,248 cedera di wilayah itu sejak konflik Russia-Ukraine bermula.

Russia dan Ukraine tidak menyertai konvensyen antarabangsa yang mengharamkan penggunaan bom berangkai namun, Amnesty menegaskan, undang-undang kemanusiaan antarabangsa melarang serangan tanpa pilihan dan penggunaan senjata sedemikian.

– AFP

Bom berangkai bunuh orang awam Ukraine





Amnesty tuduh Russia guna bom berangkai bunuh orang awam


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Bagaimana Nazlan Di Atur Supaya Menghakimi Kes SRC





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker