Australia lapor rekod peningkatan mendadak kes influenza

Australia lapor rekod peningkatan mendadak kes influenza
Terdapat 27 kematian berkaitan influenza di Australia setakat ini pada 2022 dan 733 kes telah dirawat di hospital. – Foto REUTERS

Australia lapor rekod peningkatan mendadak kes influenza

CANBERRA: Australia merekodkan angka tertinggi jangkitan influenza bulan lalu.

Menurut data dikeluarkan sistem pengawasan penyakit kebangsaan, sebanyak 65,770 kes dilaporkan di seluruh Australia, sekali gus mencatatkan peningkatan lebih 100 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Setakat 5 Jun lalu, sejumlah 87,989 kes influenza dilaporkan tahun ini, berdasarkan laporan National Notifiable Diseases Surveillance System (NNDSS).

Daripada jumlah itu, sebanyak 47,860 atau 54 peratus dilaporkan dalam tempoh dua minggu sebelum 5 Jun lalu.





“Dari pertengahan April lalu, angka mingguan notifikasi disahkan makmal berkaitan influenza melaporkan jumlah jangkitan sudah mengatasi angka anggaran lima tahun,” menurut NNDSS.

Sebanyak 27 kematian berkaitan influenza dilaporkan di Australia tahun ini dan 733 kes dirawat di hospital yang mana enam peratus daripada jumlah itu dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Sebagai perbandingan, terdapat kurang 1,000 kes influenza di Australia pada tahun lalu dan lebih 21,000 kes pada 2020 berikutan sekatan dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Pakar memberi amaran bahawa Australia berdepan kenaikan kes influenza ketika musim sejuk ditambah peningkatan kes COVID-19 susulan penamatan sekatan yang dilaksanakan sebelum ini, sekali gus bakal memberi tekanan kepada sistem kesihatan.





Ketua hal ehwal perubatan di syarikat farmaseutikal Seqirus, Dr jonathan Anderson, dalam sebuah forum memaklumkan dunia bakal menyaksikan bagaimana Australia bertungkus-lumus menangani peningkatan terbabit.

“Australia berada pada kedudukan unik dan menjadi negara pertama berdepan COVID-19 seiring dengan musim selsema yang sama dengan tahap pra COVID-19.

“Amat jelas bahawa seluruh dunia akan menyaksikan musim selsema ini dengan lebih dekat bagi mempelajari daripada kejayaan atau kegagalan kita,” katanya. – AGENSI

9 lapor polis ditipu sindiket tawar lesen memandu





Australia lapor rekod peningkatan mendadak kes influenza

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker