BN Pasti Akan Menang Besar Di Selangor Andai Tengku Zafrul Jadi ‘Poster Boy’

BN Pasti Akan Menang Besar Di Selangor Andai Tengku Zafrul Jadi 'Poster Boy'

BN Pasti Akan Menang Besar Di Selangor Andai Tengku Zafrul Jadi ‘Poster Boy’

UMNO Bahagian Sg Besar mencadangkan agar Tengku Zafrul dijadikan ‘poster boy’ untuk Selangor dalam kempen PRU 15 nanti.

Menurut Ketua Bahagian UMNO Sg Besar, Jamal Yunos, parti memerlukan pemimpin muda berkaliber dan disenangi rakyat.

“Tengku Zafrul antara nama pemimpin yang disebut-sebut”.





“Malah sudah turun padang beberapa kali menyantuni rakyat di Kuala Selangor”.

“Jika kehadiran anak kelahiran Kuala Selangor itu boleh diterima baik Noh Omar, beliau boleh dijadikan ‘poster boy’ BN Selangor.

Kali ini Edisi Siasat sangat bersetuju dengan pendapat Jamal Yunos.

Calon yang hendak dijadikan ‘poster boy’ dalam pilihanraya, mestilah calon yang popular dan dikenali rakyat dari semua peringkat umur.

Dari sudut populariti, Tengku Zafrul sangat-sangat dikenali oleh semua rakyat Malaysia.





Edisi Siasat juga yakin, majoriti rakyat Malaysia juga sayangkan Tengku Zafrul.

Lebih-lebih lagi apabila beliau dengan lantang telah menentang pengeluaran KWSP.

Malah ketegasan beliau menentang pengeluaran KWSP disertakan dengan janji untuk meletak jawatan sekira ianya diluluskan kerajaan.

Mungkin sukar juga Ismail Sabri merayu kepada beliau supaya tidak meletak jawatan apabila pengeluaran KWSP diluluskan.

BN Pasti Akan Menang Besar Di Selangor Andai Tengku Zafrul Jadi 'Poster Boy'





Dan ‘kezuhudan’ Tengku Zafrul juga terserlah di kalangan rakyat Selangor.

Terutamanya apabila beliau turun padang dengan sekumpulan besar wartawan dan jurukamera ketika banjir besar di Selangor.

Sayangnya rakyat Selangor kepada beliau sehingga sanggup berikan bot yang sepatutnya membawa mangsa banjir kepada beliau.

Semata-mata untuk beraksi di depan wartawan dan kamera untuk menjadi tontonan rakyat Selangor.

Semuga BN Selangor akan mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah apabila Tengku Zafrul menjadi ‘poster boy’!!!





Tidak sabar rasanya untuk melihat wajah Tengku Zafrul terpampang di kain rentang BN Selangor!!!

 

BN Pasti Akan Menang Besar Di Selangor Andai Tengku Zafrul Jadi ‘Poster Boy’

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker