Hakisan sungai ranapkan dapur dua rumah

Hakisan sungai ranapkan dapur dua rumah
SAMARAHAN: Dua kediaman rosak selepas bahagian dapur masing-masing runtuh akibat hakisan sungai di Kampung Tambirat Tengah di Asajaya, dekat sini, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 10.45 malam.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya dikerah ke lokasi dan sebaik tiba, dapur kedua-dua rumah terbabit didapati sudah runtuh.

“Tiada penghuni cedera dalam kejadian ini kerana mereka sempat keluar untuk menyelamatkan diri.
“Selain dua kediaman terbabit, penghuni di dua lagi rumah berdekatan turut diarah keluar dari kediaman kerana dikhuatiri runtuhan tebing terus berlaku,” katanya.
Difahamkan, pihak polis kini mengawal lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan penduduk.
Hakisan sungai ranapkan dapur dua rumah
Disyorkan Untuk Anda :
- Terbongkar Gopal Sri Ram Juga Tersenarai Sebagai Penerima Dana 1MDB
- Tommy Thomas Pernah Jadi Peguam PAS
- PPBM Cuba Melakunkan Watak Hero Di Kala Rakyat Susah
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.