Menteri Luar ASEAN bimbang peningkatan ujian peluru berpandu Korea Utara

JAKARTA: Menteri Luar ASEAN bimbang terhadap peningkatan ujian peluru berpandu balistik antara benua dan pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman sesawang ASEAN, perkembangan membimbangkan itu mencerminkan ketegangan di Semenanjung Korea semakin meruncing serta mengancam keamanan dan kestabilan di rantau ini dan di dunia.

Justeru, Menteri Luar ASEAN menggesa Korea Utara meredakan ketegangan dan mengelakkan segala tindakan yang mungkin memburukkan keadaan serta mematuhi semua Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan.

Usaha diplomatik, termasuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk sesi dialog antara semua pihak yang berkenaan harus kekal menjadi keutamaan.





Menteri-menteri luar ASEAN juga bersedia memainkan peranan membina, termasuk melalui penggunaan mekanisme yang diterajui ASEAN, seperti Forum Serantau ASEAN bagi mencari penyelesaian secara aman untuk mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear.

Korea Selatan dan Amerika Syarikat melancarkan lapan peluru berpandu permukaan ke permukaan minggu lalu, sebagai tindak balas terhadap lapan peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara Ahad lalu.

– AGENSI

ASEAN tegas dalam isu antarabangsa ketika bertemu Biden – Ismail Sabri





Menteri Luar ASEAN bimbang peningkatan ujian peluru berpandu Korea Utara


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Bagaimana Nazlan Di Atur Supaya Menghakimi Kes SRC





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker