Nunez makin hampir lebur rekod Van Dijk

Nunez makin hampir lebur rekod Van Dijk
Nunez semakin hampir sertai Liverpool dari Benfica.

Nunez makin hampir lebur rekod Van Dijk

LONDON: Liverpool dilaporkan semakin hampir menandatangani penyerang Benfica dari Uruguay, Darwin Nunez dengan perjanjian mencecah £85 juta (RM460.44 juta).

Kelab Liga Perdana Inggeris itu sudah mengadakan perbincangan dengan Benfica sejak beberapa minggu dan pengarah sukan baharu Liverpool, Julian Ward dipercayai sudah berjaya mendapatkan seorang daripada aset terbaik sukan itu.

Mengikut laporan semalam, Liverpool dilaporkan bersedia membayar £64 juta (RM346.68 juta) dengan kemungkinan £12.8 juta (RM69.34 juta) lagi mengikut penampilan serta £8.5 juta (RM46.04 juta) bergantung kepada kejayaan pasukan.

Jika semua dipersetujui membabitkan pemain berusia 22 tahun itu, ia akan mengatasi rekod Liverpool, £75 juta (RM406.27 juta) dibayar kepada Southampton bagi mendapatkan pertahanan tengah Belanda, Virgil van Dijk pada 2018.





Nunez, yang tidak berada dalam skuad Uruguay yang menang 5-0 berdepan Panama Sabtu lalu, dijangka membuat pemeriksaan kesihatan hari ini yang memerlukan dua hari untuk selesai.

Syarat peribadi dijangka tidak mendatangkan masalah dengan pemain itu sendiri menyatakan keinginan untuk bermain di bawah kendalian pengurus Reds, Jurgen Klopp walaupun turut diminati Manchester United.

Nunez, yang dijangka menandatangani kontrak enam tahun bersama Liverpool, menjaringkan 26 gol dalam 28 aksi liga buat Benfica musim ini.

Nunez akan tiba di Anfield sebagai pengganti Sadio Mane selepas Bayern Munich meningkatkan usaha bagi mendapat penyerang Senegal itu. – AFP

Nunez bantu Benfica singkir Ajax





Nunez makin hampir lebur rekod Van Dijk


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Bagaimana Nazlan Di Atur Supaya Menghakimi Kes SRC





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker