PPBM Cuba Melakunkan Watak Hero Di Kala Rakyat Susah

PPBM Cuba Melakunkan Watak Hero Di Kala Rakyat Susah

PPBM Cuba Melakunkan Watak Hero Di Kala Rakyat Susah

Dalam satu kenyataan hari ini, PPBM mahu supaya kerajaan mengambil langkah komprehensif untuk membendung kenaikan harga.

Di samping itu PPBM juga mahu kerajaan memastikan bekalan barangan makanan dan keperluan harian yang mencukupi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin selepas mesyuarat MPT PPBM.





Bagi Edisi Siasat, kenyataan yang dikeluarkan oleh PPBM itu tidak lebih dari menangguk di air yang keruh.

Umpama mengambil kesempatan dari kesempitan hidup rakyat, PPBM cuba meraih populariti dengan cuba memainkan watak hero di saat rakyat tertekan.

Apakah PPBM lupa, Menteri Pertanian & Industri Makanan adalah dari PPBM, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna juga dari PPBM.

Tidak cukup dengan itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi juga dari PPBM dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian juga dari PPBM.

Menteri Kewangan adalah senator yang dilantik oleh Presiden PPBM, malah Presiden PPBM sendiri adalah Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang bertaraf menter.





Kesemua ahli parlimen dan senator PPBM tersebut adalah individu yang bertanggungjawab secara langsung mengenai kawalan harga barang dan juga bekalan makanan negara.

Persoalannya, apakah yang telah, sedang dan akan lakukan untuk mengatasi masalah ini?

Begitulah sikap ahli politik PPBM, mahu kerajaan lakukan itu dan ini, tetapi mereka sendiri adalah sebahagian dari kerajaan.

Hanya pandai keluarkan kenyataan tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah.

Tidak hairanlah ketika menjadi kerajaan, sama ada di era Pakatan Harapan mahu pun Perikatan Nasional, ekonomi negara hancur, sehancurnya.





Nasihat kami, kalau benar-benar jujur mahu berkhidmat untuk rakyat, kurangkan bercakap dan lebihkan bekerja.

 

PPBM Cuba Melakunkan Watak Hero Di Kala Rakyat Susah

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker