Russia musnahkan jambatan antara bandar di Sievierodonetsk

Russia musnahkan jambatan antara bandar di Sievierodonetsk
KYIV: Tentera Russia meletupkan jambatan sepanjang sungai yang menghubungkan bandar Sievierodonetsk dengan bandar lain di Ukraine, sekali gus menyekat laluan bagi proses memindahkan orang awam, kata pihak berkuasa tempatan semalam.
Sebahagian daripada bandar Sievierodonetsk dilaporkan musnah selepas ia menjadi sasaran utama Russia bagi mengawal wilayah Donbas, di timur negara itu.
Gabenor wilayah Luhansk, Serhiy Gaidai, berkata tentera Ukraine dan Russia masih bertempur di kebanyakan tempat di bandar berkenaan.
Katanya, tentera Russia memusnahkan jambatan merentangi Sungai Siverskyi Donets yang menghubungkan Sievierodonetsk dengan bandar kembarnya, Lysychansk.
“Tindakan berkenaan mengakibatkan hanya tinggal satu daripada tiga jambatan yang ada boleh digunakan ketika ini.
“Jika berlaku serangan baharu yang mengakibatkan jambatan berkenaan runtuh, jalan yang menghubungkan bandar ini akan terputus sepenuhnnya.
Tidak akan ada cara untuk meninggalkan Sievierodonetsk dengan kenderaan,” katanya.
Gaidai turut berkata, situasi itu disebabkan kelemahan dalam perjanjian genjatan senjata, selain ketiadaan koridor kemanusiaan bagi menyelamatkan penduduk di sana yang dipersetujui.
Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam video ucapan hariannya yang disiarkan setiap malam berkata, tentera Russia sedang cuba mengerahkan pasukan simpanannya untuk mempertingkatkan serangan di Donbas.
“Matlamat taktikal utama penjajah tidak berubah, mereka terus melakukan serangan berterusan di Sievierodonetsk dengan pertempuran sengit sedang berlangsung secara berterusan di sana,” katanya.
Setakat ini, tentera Rusia sudah menguasai sebahagian besar bandar itu tetapi tentera Ukraine kekal mengawal kawasan perindustrian dan loji kimia Azot yang turut menjadi tempat perlindungan membabitkan ratusan orang awam. – REUTERS
Russia musnahkan jambatan antara bandar di Sievierodonetsk
Disyorkan Untuk Anda :
- Terbongkar Gopal Sri Ram Juga Tersenarai Sebagai Penerima Dana 1MDB
- Tommy Thomas Pernah Jadi Peguam PAS
- PPBM Cuba Melakunkan Watak Hero Di Kala Rakyat Susah
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.