Tommy Thomas Pernah Jadi Peguam PAS

Tommy Thomas Pernah Menjadi Peguam Kepada PAS

Tommy Thomas Pernah Jadi Peguam PAS

Mungkin ramai yang sudah lupa atau tidak tahu bahawa Tommy Thomas pernah dilantik sebagai peguam bagi pihak PAS.

Ini adalah fakta dan bukannya fitnah.

Pada tahun 2010, Kerajaan PAS Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas berkaitan tuntutan royalti minyak.





Namun apa yang mahu Edisi Siasat bukanlah berkenaan tuntutan royalti minyak Kerajaan PAS Kelantan itu.

Pada tahun 2008, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng, telah memohon balik ke Malaysia.

Bukan permohonan biasa, tetapi melalui perinntah mahkamah.

Walau bagaimana pun kes itu kalah di peringkat Mahkamah Rayuan.

Peguam yang mewakili Chin Peng ketika itu adalah mantan Peguam Negara, Tommy Thomas.





Tetapi lebih memeranjatkan ialah PAS telah melantik Tommy Thomas sebagai peguam dalam tuntutan saman terhadap Petronas pada tahun 2010.

Iaitu 2 tahun selepas Tommy Thomas mewakili Chin Peng dalam tuntutan untuk balik ke Malaysia.

Adalah mustahil PAS tidak maklum mengenai perkara ini.

Lebih menarik lagi, pada bukan Jun 2018, PAS telah membantah perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Alasan PAS ketika itu adalah kerana Tommy Thomas tidak sesuai untuk beri nasihat kepada YDP Agong.





Kemudian pada bulan Disember 2019, PAS mempertikaikan pula kompetensi, kredibiliti dan integriti Tommy Thomas.

Apakah sikap pemimpin PAS sememangnya begini?

Bila ada keperluan atau kepentingan untuk mereka, maka segalanya ‘halalul tayyiban’.

Tetapi bila apa yang berlaku tidak mempunyai kaitan dan kepentingan dengan mereka, maka dengan segera ianya menjadi haram.

Adakah ini wajah sebenar pejuang yang sering melaungkan slogan membangun bersama Islam?





Atau slogan itu sekadar retorik politik sahaja.

Edisi Siasat tinggalkan persoalan itu untuk pembaca memberikan jawapannya.

 

Tommy Thomas Pernah Jadi Peguam PAS

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker