Adakah Tiada Kebolehan Berbahasa Malaysia Menjadi Alasan Permohonan QC Najib Di Tolak?

Adakah Tiada Kebolehan Berbahasa Malaysia Menjadi Alasan Permohonan QC Najib Di Tolak?

Adakah Tiada Kebolehan Berbahasa Malaysia Menjadi Alasan Permohonan QC Najib Di Tolak?

Timbalan Pendakwaraya, Mohd Ashrul Kadrin Kamarul mendakwa Queen Council, Jonathan Laidlaw, yang dipohon DS Najib tiada merit untuk mewakili beliau.

Beliau berhujah, Laidlaw tidak memenuhi keperluan asas ini di bawah Seksyen 11(2) Akta Profesion Undang-undang 1976 .

Pemohon (Laidlaw) tidak mempunyai kelayakan Bahasa Malaysia seperti yang diperlukan di bawah seksyen tersebut.





“Pemohon bukan seorang berkelayakan untuk diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara ad hoc di bawah Akta 166”.

“Laidlaw tidak mempunyai kelayakan dan pengalaman khas berhubung dengan undang-undang Malaysia dan proses yang dikaitkan dengan pertuduhan SRC”.

“Fakta bahawa Muhammad Shafee Abdullah telah mengendalikan perbicaraan perayu (Najib) serta rayuan di Mahkamah Rayuan adalah satu kenyataan yang jelas bahawa Muhammad Shafee memiliki kelayakan istimewa dan pengalaman untuk mengendalikan rayuan berkaitan dengan pertuduhan-pertuduhan tersebut di Mahkamah Persekutuan”.

“Oleh itu, permohonan ini adalah tidak bermerit,” hujah Ashrof.

Pada awal bulan lalu, Laidlaw melalui notis usul yang difailkan oleh firma guaman, Tetuan Shafee & Co. memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini agar beliau diterima masuk sebagai peguam bela Najib.





Shafee menegaskan bahawa QC UK boleh membantu “mengembangkan dan mematangkan” perundangan Malaysia.

Ini kerana perkara itu melibatkan “beberapa perkara baru yang tidak pernah diputuskan oleh mahkamah Malaysia.

Kedengaran agak janggal hujah yang diberikan oleh Timbalan Pendakwaraya.

Hujah tiada kemampuan berbahasa Malaysia boleh dianggap sebagai hujah yang lemah.

Apakah selama ini, perbicaraan di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia?





Ketika perbicaraan kes SRC di peringkat Mahkamah Tinggi, adakah Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas dan pendakwaraya Gopal Sri Ram mempunyai penguasaan bahasa Malaysia yang baik?

Jika tidak, apa bezanya mereka dengan Laidlaw?

Jika perbicaraan di Mahkamah Tinggi boleh dilakukan dalam Bahasa Inggeris, mengapa tidak di peringkat Mahkamah Persekutuan?

Lebih janggal lagi apabila hujah seterusnya adalah Laidlaw tiada pengalaman mengendalikan kes di bawah SPRM.

Bagaimana pula dengan Hakim Nazlan yang menghakimi kes SRC?





Apakah beliau mempunyai pengalaman mengadili perbicaraan kes jenayah?

 

Adakah Tiada Kebolehan Berbahasa Malaysia Menjadi Alasan Permohonan QC Najib Di Tolak?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker