Antara Kenyataan Ketua Hakim Negara Dengan Tekanan Dari Bar Council

Antara Kenyataan Ketua Hakim Negara Dengan Tekanan Dari Bar Council

Antara Kenyataan Ketua Hakim Negara Dengan Tekanan Dari Bar Council

Pada Januari 2020, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun, ketika ditanya tentang kenyataan beliau supaya orang ramai menulis surat kepadanya sekiranya terdapat salah laku kehakiman telah berkata:

“Jika anda mempunyai beberapa bukti bahawa hakim tertentu itu rasuah, anda laporkan kepada saya”.

“Saya boleh membuat laporan kepada SPRM kerana kami juga tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat”.





Baca di sini:

https://malaysia.news.yahoo.com/chief-justice-no-internal-probe-120438708.html

Dari kenyataan yang dibuat oleh Tengku Maimun, jelas beliau memberitahu kita bahawa sekiranya hakim disiasat oleh pihak ketiga atas isu jenayah rasuah, tidak timbul isu campurtangan ke atas badan kehakiman.

Ketegasan beliau memberitahu kita, sekiranya bukti adalah cukup, beliau sendiri akan membawa masuk pihak ketiga untuk melakukan siasatan.

Ini adalah kerana beliau menyedari badan kehakiman tidak mempunyai kepakaran untuk membuat siasatan.





Di satu pihak yang lain pula, Majlis Peguam Malaysia, membantah sekeras-kerasnya siasatan yang dilakukan oleh SPRM ke atas Hakim Nazlan.

Dakwaan Majlis Peguam Malaysia adalah siasatan ke atas hakim adalah bertentangan dengan perlembagaan.

“Sebarang siasatan SPRM, jika dilaksanakan, akan meremehkan kebebasan badan kehakiman, dan tidak berperlembagaan,” dakwa presidennya, Karen Cheah.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/24/ikut-lunas-perlembagaan-berhubung-siasatan-terhadap-hakim-kata-badan-peguam-malaysia/





Menurut mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, siasatan ke atas Nazlan berpelembagaan dan tidak melanggar prinsip pengasingan kuasa.

Baca di sini:

https://edisisiasat.online/2022/05/09/bekas-ketua-hakim-negara-siasatan-ke-atas-nazlan-berpelembagaan-dan-tidak-melanggar-prinsip-pengasingan-kuasa/

Menurut Tun Abdul Hamid, maksud kebebasan badan kehakiman ialah hakim perlu bebas tanpa sebarang tekanan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka di mahkamah.

Dan maksud kebebasan badan kehakiman tidak membawa maksud hakim bebas melakukan jenayah.





Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam Malaysia adalah entiti yang terlibat dalam mendaulatkan undang-undang negara.

Sebarang tindakan atau kenyataan mestilah berpaksikan kepada prinsip Kedaulatan Undang Undang.

Dan bukannya menjadi budak suruhan atau jurucakap pihak yang mempunyai kepentingan.

Kedaulatan Undang Undang megara kita MESTI dijunjung sepenuhnya oleh semua pihak!!!

Kerana ianya adalah maruah bangsa dan negara Malaysia!!!





 

Antara Kenyataan Ketua Hakim Negara Dengan Tekanan Dari Bar Council

 

Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker