Kejohanan 100PLUS JET 2022 penuhi harapan pemain remaja

Kejohanan 100PLUS JET 2022 penuhi harapan pemain remaja
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed (tiga kanan) menerima cenderamata daripada Presiden Persatuan Badminton Perak (PBA), Datuk Samsudin Hashim selepas merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Badminton Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 Pusingan Kedua Kumpulan A yang di Akademi Badminton Perak, Meru, Ipoh.

Kejohanan 100PLUS JET 2022 penuhi harapan pemain remaja

KUALA LUMPUR: Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 pada Mei dan bulan ini jelas menjadi platform ditunggu-tunggu pemain remaja yang sebelum ini terkesan selama lebih dua tahun tanpa saingan kompetitif disebabkan pandemik COVID-19.

Timbalan Pengurus Pemasaran Negeri F&N, Muhammad Tabii Shamsudin, nyata berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan oleh ibu bapa yang bersama-sama turun memberi sokongan kepada pasukan negeri masing-masing sepanjang kejohanan berlangsung.

“Sungguh menggalakkan, Alhamdulillah. Selepas dua tahun terkurung, kita tidak lagi berasa terlalu takut dengan penyakit ini (COVD-19) dan aktif dengan ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka menyertai kejohanan ini sekali gus merancakkan lagi suasana sepanjang kejohanan” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed nyata berbangga dengan Persatuan Badminton Perak (PBA) yang memastikan kelancaran penganjuran Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 Pusingan Kedua Kumpulan A yang berlangsung dari 8 hingga 12 Jun lalu.





Malah, kerjasama yang positif diantara PBA, kerajaan Perak dan semua yang terbabit menyaksikan ‘imbuhan’ diberikan kepada PBA.

“Negeri Perak mengalu-alukan apa sahaja kejohanan di peringkat tertinggi dan bersedia untuk berkolaborasi sepenuhnya. Kejohanan ini juga cukup penting kerana ia adalah antara usaha untuk melahirkan pemain yang hebat.

“Untuk makluman kerajaan Perak berbesar hati untuk menyerahkan bangunan ini kepada Persatuan Badminton Negeri Perak yang bernilai hampir RM 5 juta supaya mereka lebih bebas menguruskan, lebih fokus dan saya yakin ia akan memberi impak yang besar untuk industri badminton kita khususnya dalam melahirkan dan membangunkan industri ini,” kata Khairul Shahril.

Mendengar pengkhabaran itu, Setiausaha PBA, Mohamed Zambri Buhari nyata menerimanya dengan nada positif.

“Jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri di mana kita sudah mendapat hak milik sepenuhnya. Kita akan adakan satu program atau majlis yang menyatakan bangunan ini diserahkan sepenuhnya kepada PBA,” katanya.





Zambri dalam pada itu turut memuji semua pemain negeri yang beraksi di 100PLUS JET 2022 Pusingan Kedua Kumpulan A apabila mempamerkan aksi dan perkembangan positif.

14 negeri dipecah kepada tiga kumpulan iaitu A, B, dan C. Kumpulan A terdiri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan manakala Kumpulan B pula terdiri daripada Putrajaya, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor sementara Kumpulan C membabitkan Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Bagi saingan 100PLUS JET Pusingan Kedua, Kedah akan menjadi tuan rumah bagi aksi Kumpulan C manakala Perak akan menjadi hos bagi aksi membabitkan empat negeri yang berada dalam Kumpulan A sementara Negeri Sembilan menjadi hos membabitkan aksi Kumpulan B.

Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan manakala Kumpulan B pula terdiri daripada negeri Putrajaya, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor sementara Kumpulan C merangkumi Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Bagi Pusingan 1, Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .





Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan pertama bagi kumpulan A, B dan C berlangsung dari 11 hingga 15 Mei lalu.

Juara bertahan badminton 100Plus JET tersingkir

Kejohanan 100PLUS JET 2022 penuhi harapan pemain remaja


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Parlimen Sudah Beri Sokongan Pada Bar Council, Badan Kehakiman Dan Jabatan Peguam Negara Bila Lagi?

 

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker