Parlimen Sudah Beri Sokongan Pada Bar Council, Badan Kehakiman Dan Jabatan Peguam Negara Bila Lagi?

Parlimen Berikan Sokongan Terbuka Kepada Bar Council Parlimen Berikan Sokongan Terbuka Kepada Bar Council

Parlimen Sudah Beri Sokongan Pada Bar Council, Badan Kehakiman Dan Jabatan Peguam Negara Bila Lagi?

Kali pertama berlaku dalam sejarah Malaysia, parlimen berikan sokongan terbuka kepada Bar Council.

Hatta, di era Pakatan Harapan sendiri, tidak pernah berlaku Parlimen Malaysia mengeluarkan surat sokongan terhadap aktiviti Bar Council.

Tetapi di era Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, ianya berlaku.





Edisi Siasat tidak kata salah dari sudut perlembagaan sokongan terbuka yang diberikan Parlimen Malaysia kepada Bar Council.

Tetapi sebagai badan legislatif yang menggubal undang-undang, biarlah sokongan terbuka sebegini mempunyai asas yang cukup kukuh dari sudut perlembagaan.

Bar Council akan menanjurkan ‘Walk For The Independence Of The Judiciary’.

Ianya dianjurkan sebagai bantahan dengan apa yang mereka dakwa sebagai campurtangan luar terhadap badan kehakiman.

Dakwaan mereka adalah terhadap siasatan yang dilakukan oleh SPRM ke atas Hakim Nazlan.





SPRM membuat siasatan ke atas Hakim Nazlan berdasarkan lapuran yang mendakwa terdapat sejumlah wang melebihi RM1 juta di dalam akaun Hakim Nazlan.

Dan jeda waktu wang itu dikreditkan ke akaun Hakim Nazlan adalah sama dengan jeda waktu syarikat SRC International Sdn Bhd ditubuhkan.

Malah sumber wang itu juga diragui dan disyaki ada berkaitan dengan penubuhan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Siasatan SPRM adalah lebih menjurus kepada pencerahan dari Hakim Nazlan dari sumber mana dan atas alasan apa wang itu beliau miliki.

Sekiranya tiada apa yang bercanggah dari undang-undang, maka sudah tentu siasatan itu akan mengesahkan Hakim Nazlan tidak bersalah.





Paling penting, siasatan SPRM itu TIDAK bercanggah dengan perlembagaan dan Akta SPRM.

SPRM hanya menjalankan tugas mereka dan sepatutnya diberikan ruang yang secukupnya.

Bukankah Bar Council sendiri sering melaungkan slogan anti rasuah dan anti kleptokrat?

Dalam isu siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan, mungkin Bar Council terlupa, Ketua Hakim Negara sendiri pernah menyatakan pendirian beliau mengenai siasatan pihak luar ke atas hakim.

Parlimen Sudah Beri Sokongan, Badan Kehakiman Dan Jabatan Peguam Negara Bila Lagi?





Pada 3 Januari 2020, Tengku Maimun pada ketika itu telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkata:

“Sekiranya anda mempunyai bukti ada antara hakim yang teelibat sengan rasuah, lapurkan kepada saya dan saya sendiri akan lapurkan kepada SPRM kerana kami tiada kepakaran untuk membuat siasatan”.

Kenyataan Tengku Maimun ini boleh ditafsirkan kepada:

  1. Beliau atas kapasiti sebagai Ketua Hakim Negara TIDAK membantah sekiranya hakim beliau disiasat oleh pihak luar.
  2. Beliau atas kapasiti sebagai Ketua Hakim Negara mengakui badan kehakiman TIDAK mempunyai kepakaran untuk menyiasat kes rasuah.

Ketua Hakim Negara sendiri tiada bantahan sekiranya hakim beliau disiasat oleh pihak luar.

Ini bermaksud Ketua Hakim Negara berpendapat, siasatan pihak luar ke atas hakim, BUKAN satu bentuk campurtangan luar ke atas badan kehakiman.





Jadi atas dasar apa pihak Bar Council pula hendak membuat bantahan?

Dan mengapakah parlimen boleh menyokong bantahan yang tidak berasas dari pihak Bar Council?

Dan apakah surat sokongan dari Setiausaha Badan Keselamatan Parlimen itu mewakili suara 220 Ahli Parlimen yang ada sekarang?

Atau ia hanya mewakili suara sebahagian kecil Ahli Parlimen?

Parlimen sudah menyokong, pihak Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman bila lagi?

 

Parlimen Sudah Beri Sokongan Pada Bar Council, Badan Kehakiman Dan Jabatan Peguam Negara Bila Lagi?

 

Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker