PAS Pernah Selamatkan Jawatan Peguam Negara Tommy Thomas

PAS Pernah Selamatkan Jawatan Peguam Negara Tommy Thomas

PAS Pernah Selamatkan Jawatan Peguam Negara Tommy Thomas

Mungkin ramai yang tidak tahu, di sebalik polemik perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara di era Pakatan Harapan (PH), tersembunyi rahsia.

Edisi Siasat difahamkan, ketika itu Dr Mahathir didesak oleh DAP yang menguasai PH supaya melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Tujuan desakan untuk membebaskan Lim Guan Eng yang sedang menjalani perbicaraan kes rasuah di mahkamah.





Pada awalnya Dr Mahathir dikatakan tidak bersetuju.

Beliau dapat menjangkakan perlantikan itu akan menimbulkan beberapa masalah.

Rakyat pasti akan membantah kerana Tommy Thomas adalah peguam yang pernah mewakili Chin Peng dalam usaha untuk balik ke Malaysia.

Jadi perancangan Dr Mahathir ialah melantik Tommy Thomas dan kemudiannya mendesak Tommy Thomas untukĀ meletak jawatan.

Tetapi faktor apakah yang telah menyelamatkan kedudukan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara ketika itu?





Kami difahamkan, kenyataan PAS berlapang dada dan menerima perlantikan Tommy Thomas, telah menyelamatkan kedudukan beliau.

Apabila PAS membuat kenyataan begitu, maka Dr Mahathir sudah tidak ada alasan untuk mendesak Tommy Thomas meletak jawatan.

Ini adalah kerana PAS adalah parti kedua terbesar bagi masyarakat Melayu Islam.

Mengapa PAS bertindak menyelamatkan kedudukan Tommy Thomas dan apakah hubungan sebenar antara PAS dan Tommy Thomas?

Kami akan dedahkan dalam artikel selepas ini.





 

PAS Pernah Selamatkan Jawatan Peguam Negara Tommy Thomas

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker