PUTERI SARAH : MASIH TAK SAMAN LAGI ORANG KETIGA

PUTERI SARAH : MASIH TAK SAMAN LAGI ORANG KETIGA

PUTERI SARAH : MASIH TAK SAMAN LAGI ORANG KETIGA

Umum sedia maklum mengenai pergolakan rumah tangga pasangan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof yang didakwa berpunca daripada orang ketiga. Puteri Sarah bagaimanapun sehingga kini masih tidak mengambil tindakan saman.

Enggan membuatkan netizen tertanya, Puteri Sarah tampil menjelaskan dia mempunyai alasan mengapa sehingga kini masih tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga. Kata Puteri Sarah sebab utamanya adalah kerana kasihankan bapa kepada wanita berkenaan yang juga seorang pelakon.

“Agak kelakar sebenarnya. Pertama, bertahun tak bertindak nak saman sebab kasihankan bapa kamu (orang ketiga). Juga, saya tak nak besarkan hal ini. Kedua, yang inginkan perhatian orang itu adalah anda, bukan saya. Ketiga, tak baik maki hamun dah macam Amber Heard pula saya tengok dia ini,” katanya.





Puteri Sarah mendedahkan perkara berkenaan di InstaStory selepas menerima satu paparan skrin DM (mesej peribadi) dari wanita yang didakwa menjadi keretakan rumah tangganya.

PUTERI SARAH : MASIH TAK SAMAN LAGI ORANG KETIGA

Dalam mesej wanita berkenaan bersama seorang netizen itu mempersoalkan mengapa Sarah masih tidak meneruskan tindakan undang-undang seperti yang pernah dilaporkan media sebelum ini.

“Kau pergi beritahu dia (Puteri Sarah) aku tak takut dengan dia. Suruh peguam dia cepat sikit buat kerja okey. Kami dah meluat nak layan drama saman dia. Dah bertahun-tahun dah dia sembang tapi tak buat juga. Kemaruk sangat nak perhatian,” persoalnya.

Terdahulu, Sarah pernah mendedahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul dan terbaharu dia membuat pendedahan orang ketiga. Untuk makluman, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.





PUTERI SARAH : MASIH TAK SAMAN LAGI ORANG KETIGA

PUTERI SARAH : STATUS KAMI MASIH SUAMI ISTERI

MASIH TAK SAMAN LAGI ORANG KETIGA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Bagaimana Nazlan Di Atur Supaya Menghakimi Kes SRC

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker