20 kontena dicuri dalam rompakan terbesar di Mexico

20 kontena dicuri dalam rompakan terbesar di Mexico
MEXICO CITY: Kumpulan perompak bersenjata mencuri 20 kontena barangan, sebahagiannya dipercayai berisi emas dan perak, dari sebuah pelabuhan di barat Mexico.
Pihak berkuasa Mexico menyifatkannya sebagai rompakan yang ‘belum pernah berlaku sebelum ini’ manakala media tempatan menggelarnya ‘rompakan abad ini’.
Rompakan pada 5 Jun lalu itu berlaku di perkarangan tertutup sebuah pelabuhan komersial di bandar Manzanillo, dekat Pantai Pasifik negara itu.
Selepas menumpaskan pasukan keselamatan pelabuhan, penyerang menggunakan kren dan trak untuk mengalihkan kontena, kata jurucakap keselamatan negeri, Gustavo Adrian Joya.
“Rompakan seperti ini tidak pernah berlaku. Kami pernah melihat kes terpencil kecurian kontena sebelum ini, tetapi tidaklah sebanyak ini.
“Mereka sangat memilih apa jenis barang yang mahu dicuri, logam berharga dan barangan lain seperti unit pendingin hawa menjadi pilihan,” katanya kepada pemberita.
Beliau turut memberitahu, rompakan itu mengambil masa sekitar lapan hingga 10 jam.
Ketua Kastam Negara, Horacio Duarte Olivares, berkata lokasi kecurian berkenaan bukan di bawah bidang kuasa tentera laut, yang bertanggungjawab mengawasi pelabuhan.
Sementara itu, Pejabat Pendakwa Raya berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenai jumlah emas dan perak yang dicuri. – AFP
20 kontena dicuri dalam rompakan terbesar di Mexico
Disyorkan Untuk Anda :
- Parlimen Sudah Beri Sokongan Pada Bar Council, Badan Kehakiman Dan Jabatan Peguam Negara Bila Lagi?
- Majlis Peguam Berarak Untuk Apa?
- Logika Annuar Musa, Ketua Bahagian Lebih Kanan Dari Ahli MKT UMNO
- Tanpa Isham Jalil, BN Selangor Sunyi Sepi
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Adakah Tiada Kebolehan Berbahasa Malaysia Menjadi Alasan Permohonan QC Najib Di Tolak?