FIFY AZMI DESAK PULANGKAN DUIT SEGERA, MINTA PA HENTI CERITA BURUK

SUDAH LANTIK PEGUAM

FIFY AZMI DESAK PULANGKAN DUIT SEGERA, MINTA PA HENTI CERITA BURUK

FIFY AZMI DESAK PULANGKAN DUIT SEGERA, MINTA PA HENTI CERITA BURUK

“Cakaplah apa sekali pun. Biarlah dia rasa puas hati dengan sebarang kenyataan yang dibuat. Saya tidak pernah takut. Lebih baik saya tidak melayan semua itu. Janganlah nak cari perhatian dengan memburukkan orang lain.

“Apa yang penting sekarang adalah saya mahukan duit saya. Tolonglah pulangkan duit saya,” kata pelakon Fify Azmi yang enggan melayan sebarang bentuk provokasi dan tidak gentar dengan sebarang tuduhan yang dilemparkan bekas pembantu peribadi (PA) bernama Nora terhadap dirinya.

Kemelut antara Fify dan PA semakin berlarutan apabila timbul pula dakwaan kononnya pelakon ini mengambil barang terlarang. Isu ini hangat diperkatakan selepas Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohammad Azmi, 32, membuat laporan polis atas dakwaan wanita tersebut melarikan wang miliknya berjumlah RM15,000.
Klik untuk gambar besar





Pada 6 Jun lalu, Fify membuat laporan polis mendakwa Nora melarikan wang hasil bayaran 50 peratus penglibatannya dalam filem ‘Special Airforce Anarchy’ bersama syarikat Skop Production Sdn Bhd.

Difahamkan kes tersebut kini masih lagi dalam siasatan. Dalam pada itu, Fify juga memberitahu dia sudah melantik peguam bagi mengendalikan kes berkaitan duit tersebut termasuk kenyataan buruk yang dikeluarkan oleh Nora terhadap dirinya.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

“Saya tidak ada masalah untuk berhadapan dengan dia. Tapi sekarang ini biarlah pihak polis sahaja yang mengendalikan kes ini. Saya sudah melantik peguam bagi mengendalikan kes berhubung dia membawa lari wang tersebut dan tindakannya memburukkan nama saya,” ujarnya.





Meskipun berdepan dengan kes ini, Fify memberitahu ia sama sekali tidak menganggu fokusnya ketika berada di lokasi penggambaran. Kata Fify, tujuannya membuat laporan polis adalah untuk memberi kesedaran kepada rakan artis lain supaya tidak mengalami nasib sama.

“Apa yang dia kata itu tidak memberi kesan kepada saya. Malah saya hanya ketawa membacanya. Ia juga tidak ganggu fokus kerja saya, apabila di lokasi saya masih boleh berlakon seperti biasa.

“Banyak kali saya dengar tentang Nora dari rakan artis sebelum ini. Saya fikir dia akan berubah, tetapi malangnya tidak dan saya menjadi salah seorang mangsa. Boleh sahaja saya mahu berdiam tetapi ini adalah pengajaran supaya tidak terjadi kepada orang lain,” jelasnya.





 

FIFY AZMI AKUI SHARNAAZ HANYA SEKADAR KAWAN, TEMPAT MINTA NASIHAT





 

FIFY AZMI DESAK PULANGKAN DUIT SEGERA, MINTA PA HENTI CERITA BURUK

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Adakah Tiada Kebolehan Berbahasa Malaysia Menjadi Alasan Permohonan QC Najib Di Tolak?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker