Jerman mudah atasi Itali

Jerman mudah atasi Itali
BERLIN: Jerman menyamai kemenangan terbesar mereka mengatasi juara Eropah, Itali dengan Timo Werner meledak dua gol ketika menang 5-2 pada saingan Liga Negara-Negara awal pagi tadi.
Keputusan di Moenchengladbach menyamai kejayaan 5-2 Jerman mengatasi Azzurri di Stadium Olimpik Berlin pada 1939.
Kapten Jerman, Manuel Neuer berkata keputusan itu “pencapaian penting” buat tuan rumah.
“Anda boleh katakan hari ini bahawa kami mahu mendominasi,” katanya.

Gol awal Joshua Kimmich dan penalti Ilkay Gundogan di Borussia Park meletakkan Jerman 2-0 di depan sebelum jaringan terus terjadi pada awal babak kedua.
Gol saguhati Itali hadir pada lewat permainan menerusi penyerang berusia 18 tahun, Wilfried Gnonto dan Alessandro Bastoni.
“Kami bermain bola sepak yang sangat bagus dan berhak menang,” kata Gundogan.
“Jika kami bermain seperti yang kami lakukan hari ini, banyak pasukan akan berdepan kesukaran menentang kami.” – AFP
Werner harap tonik gol Piala Liga
Jerman mudah atasi Itali
Disyorkan Untuk Anda :
- Parlimen Sudah Beri Sokongan Pada Bar Council, Badan Kehakiman Dan Jabatan Peguam Negara Bila Lagi?
- Majlis Peguam Berarak Untuk Apa?
- Logika Annuar Musa, Ketua Bahagian Lebih Kanan Dari Ahli MKT UMNO
- Tanpa Isham Jalil, BN Selangor Sunyi Sepi
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Adakah Tiada Kebolehan Berbahasa Malaysia Menjadi Alasan Permohonan QC Najib Di Tolak?