Mahaguru Agung Saberi meninggal dunia

Mahaguru Agung Saberi meninggal dunia
Kuala Lumpur: Tokoh seni bela diri taekwondo dan Pengasas Global International Taekwondo Federation (GITF ), Prof Datuk Dr Md Saberi Md Salleh meninggal dunia pada usia 72 tahun pada 7.33 pagi, hari ini.
Perkara itu disahkan anak Allahyarham, Shareen dan Suzlan.
“Dengan rasa sedih dan penuh dukacitanya dimaklumkan bahawa ayahanda kami Md Saberi Md Salleh telah kembali menemui penciptanya pada 7.33 pagi, Selasa 14, Jun 2022.
“Dengan rendah diri, saya ingin memohon jasa baik semua untuk mendoakan agar ayah ditempatkan dalam kalangan orang yang dikasihinya,” menurut kenyataan ringkas daripada keluarganya.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau Al-Amin Kuarters Polis Seksyen 20 Shah Alam untuk urusan selanjutnya.
Pada 2006, Allahyarham mendapat sokongan 32 negara anggota gabungan untuk menubuhkan GITF, sekali gus menjadi presiden.
Beliau seorang antara bukan warga Korea yang dilatih secara peribadi oleh mendiang Jeneral Choi Hong Hi iaitu pengasas taekwondo di negara Asia Timur dan mantan Presiden Persekutuan Taekwondo Antarabangsa (ITF).
Saberi terkenal sebagai Pengasas Persekutuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF), Pengasas Akademi Taekwondo Sabree dan penerima International Hall of Fame Award 2008 The World Head of Family Sokeship Council yang hanya dianggotai pakar seni bela diri seperti Jackie Chan dan Chuck Norris.
Pada Januari 2010, Saberi dianugerahkan Tali Pinggang Hitam Tahap Ke-10 dan gelaran Mahaguru Agung (Grandmaster Chong Kwan Jang Nim) daripada Persekutuan Song Do Kwan Kong Soo Doo.
Mahaguru Agung Saberi meninggal dunia
Disyorkan Untuk Anda :
- Parlimen Sudah Beri Sokongan Pada Bar Council, Badan Kehakiman Dan Jabatan Peguam Negara Bila Lagi?
- Majlis Peguam Berarak Untuk Apa?
- Logika Annuar Musa, Ketua Bahagian Lebih Kanan Dari Ahli MKT UMNO
- Tanpa Isham Jalil, BN Selangor Sunyi Sepi
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Adakah Tiada Kebolehan Berbahasa Malaysia Menjadi Alasan Permohonan QC Najib Di Tolak?