Majlis Peguam Berarak Untuk Apa?

Majlis Peguam Berarak Untuk Apa?

Majlis Peguam Berarak Untuk Apa?

Majlis Peguam Malaysia adalah satu entiti yang seharusnya mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam masyarakat.

Kerana di dalam Majlis Peguam terdapat peguam-peguam yang diperlukan oleh masyarakat apabila menuntut keadilan.

Sebagaimana badan kehakiman yang sepatutnya bebas dari sebarang campurtangan pihak ketiga, begitu jugalah Majlis Peguam.





Tetapi kebelakangan ini, kredibiliti Majlis Peguam Malaysia telah menjadi bahan sindiran dan jenaka di kalangan masyarakat.

Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Namun, mereka tidak boleh menyalahkan masyarakat kerana tindakan mereka yang telah membuatkan kredibiliti mereka dipersendakan.

Pada 17 Jun 2022 ini Majlis Peguam Malaysia menganjurkan ‘Walk For The Independence oh Judiciary’.

Tujuannya adalah untuk mempertahankan kebebasan badan kehakiman dari campurtangan dari pihak luar.





Isunya adalah siasatan yang dijalankan oleh SPRM ke atas Hakim Nazlan berkaitan duit lebih RM1 juta di dalam akaun peribadi beliau.

Ironinya, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun sendiri pernah mengeluarkan kenyataan tiada halangan sekiranya hakim disiasat oleh pihak berkuasa.

Baca di sini:

https://malaysia.news.yahoo.com/chief-justice-no-internal-probe-120438708.html

Ini adalah kerana Tengku Maimun sedar, badan kehakiman tidak ada kepakaran untuk melakukan siasatan kes jenayah.





Dalam nada yang sama, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid membuat kenyataan bahawa siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan adalah berpelembagaan.

Baca di sini:

https://edisisiasat.online/2022/05/09/bekas-ketua-hakim-negara-siasatan-ke-atas-nazlan-berpelembagaan-dan-tidak-melanggar-prinsip-pengasingan-kuasa/

Persoalannya, Majlis Peguam mendakwa mereka memperjuangkan kebebasan badan kehakiman.

Tetapi Ketua Hakim Negara sekarang dan mantan Ketua Hakim Negara senada menegaskan siasatan ke atas hakim adalah berpelembagaan.





Jadi, apa sebenarnya yang Majlis Peguam Malaysia perjuangkan atau lebih tepat untuk siapa sebenarnya?

 

Majlis Peguam Berarak Untuk Apa?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker