Maut tersepit jentera penurap jalan

Maut tersepit jentera penurap jalan
Lelaki maut selepas tubuhnya tersepit antara dua jentera penurap jalan dalam kemalangan di Kampung Kubang Ikan. – Foto ZAID SALIM

Maut tersepit jentera penurap jalan

KUALA TERENGGANU: Lelaki maut selepas tersepit antara dua jentera penurap jalan dalam kemalangan di Kampung Kubang Ikan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi di hadapan masjid kampung berkenaan menyebabkan mangsa, Wan Endok Wan Salleh, 59, yang mengalami kecederaan parah di bahagian dada meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berkata sebelum kejadian, terdapat tiga jentera penurap jalan yang diparkir di tepi jalan sebelum menjalankan kerja menurap jalan di kawasan berkenaan.

Katanya, mangsa yang tinggal di kawasan berhampiran lokasi kejadian dikatakan bersembang dengan pekerja yang berada di kawasan berkenaan.





“Kemudiannya seorang pekerja menghidupkan sebuah jentera untuk memulakan kerja menurap jalan.

“Ketika mengundurkan jentera berkenaan, jentera terbabit terlanggar jentera yang berada di tengah antara dua jentera berkenaan.

“Akibat hentakan kuat menyebabkan jentera berkenaan berganjak ke belakang sebelum melanggar sebuah lagi jentera, menyebabkan mangsa tersepit,” katanya.

Ketika kejadian, Abdul Rahim berkata, mangsa dipercayai berada di tengah antara dua jentera berkenaan dan mengalami kecederaan di bahagian dada serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ ), di sini, untuk tindakan lanjut dan kes disiasati mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.





Lelaki ditemui mati tersepit di bawah mesin penurap tar

Maut tersepit jentera penurap jalan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Adakah Tiada Kebolehan Berbahasa Malaysia Menjadi Alasan Permohonan QC Najib Di Tolak?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker