Nunez milik Liverpool

Nunez milik Liverpool
Bekas penyerang Benfica, Darwin Nunez mengesahkan perpindahan ke Liverpool dengan yuran mencecah rekod kelab, 100 juta euro (RM461.98 juta). – AFP

Nunez milik Liverpool

LIVERPOOL: Darwin Nunez berazam untuk memahat namanya dalam sejarah Liverpool apabila mengesahkan perpindahan dari Benfica hari ini dengan yuran boleh mencecah rekod kelab 100 juta euro (RM461.98 juta).

Finalis Liga Juara-Juara itu membayar 75 juta euro (RM346.48 juta) bagi mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu manakala tambahan 25 juta (RM115.49 juta) lagi berdasarkan persembahan selain beberapa bayaran diminta Benfica.

Ia boleh membawa kepada perpindahan Nunez melebihi £75 juta (RM399.09 juta) dibayar Liverpool untuk Virgil Van Dijk pada Januari 2018 yang menjadikan dia pemain kelima paling mahal dalam sejarah Liga Perdana.

Pemain Uruguay itu meledak 34 gol dalam 41 penampilan musim lalu termasuk dua ketika berdepan Liverpool pada suku akhir Liga Juara-Juara.





“Saya sangat gembira untuk berada di sini di Liverpool. Ia kelab yang amat besar,” kata Nunez kepada laman sesawang Liverpool.

“Ketika saya tiba di pusat latihan, saya amat terkejut melihat perancangan dan struktur serta semua trofi yang ada di sini.

“Anda boleh bayangkan diri anda menang lebih banyak trofi dan kemudian apabila anda kembali ke sini dan melihat trofi dipamerkan, anda boleh berkata, ‘Lihat itu, saya sebahagian daripadanya, saya berada di sana ketika itu, menang trofi’.

“Kerana itulah saya datang ke sini, ke Liverpool – untuk menang trofi dan gelaran.”

Kehadiran pemain itu menambah usaha Jurgen Klopp meningkatkan kualiti Liverpool di bahagian serangan. – AFP





Nunez bantu Benfica singkir Ajax

Nunez milik Liverpool


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Adakah Tiada Kebolehan Berbahasa Malaysia Menjadi Alasan Permohonan QC Najib Di Tolak?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker