RESPON ZARA ZYA : SHUIB HANTAR SAMPAI KERETA

NETIZEN NAMPAK SEAKAN UCAP 'WAALAIKUMSALAM CINTA' - INI 

RESPON ZARA ZYA : SHUIB HANTAR SAMPAI KERETA

RESPON ZARA ZYA : SHUIB HANTAR SAMPAI KERETA

Baru-baru ini, pelakon Zara Zya ada berkongsi video di Tik Tok dimana ia memperlihatkan pelawak Shuib Sepahtu menghantarnya ke kereta. Gara-gara perkongsian video tersebut, ramai peminat yang teruja dan menyokong serta merestui jika kedua-dua mereka benar-benar bercinta.

“Shuib dan Zara macam pinang dibelah dua, akak suka kalau mereka jadi pasangan dunia akhirat sebab dua-dua baik.” – “Doa jodoh mereka berdua, dua-dua hebat.” – “Cuba tengok mulut Shuib part last tu… Walaikumsalam cinta,” komen-komen netizen.

Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin ketika diminta mengulas video tular tersebut, meminta peminat mendoakan yang terbaik dan sentiasa berfikiran positif.





“Bila ada video atau gambar saya dengan lelaki ini, terus nak jodohkan. Saya tak kisah nak komen apa, asalkan benda yang baik-baik. Tapi harap dapat fikir yang positif saja sebab tak nak la nanti ada pihak lain pula terasa hati. Shuib pun ada kehidupannya sendiri, sama juga dengan saya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun itu berkata, dia mahu memberi tumpuan pada kerjayanya dan tetap akan berkongsi berita baik mengenai dirinya kepada umum.

“Doakan yang baik-baik untuk saya. Doakan saya bertemu dengan jodoh yang baik. Insya-Allah kalau ada berita gembira ke apa, saya akan kongsi. Buat masa ini pun, saya hanya fokus pada diri sendiri, perniagaan dan karier seni. Mana tahu kalau tiba-tiba saya bertemu jodoh terus kahwin,” ujar Zara yang dipetik sebagai kepada mStar.

Sebelum ini, Zara pernah dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Alha Alfa disebabkan kerap bersama usahawan terkenal itu. Bagaimanapun, pelakon drama siri Risik Pada Hati mengakui dia sememangnya rapat dengan Alha namun tidak pernah bercinta seperti yang didakwa.





 





“KAMI DAH BERKAWAN SELAMA 8 TAHUN” – ZARA ZYA

RESPON ZARA ZYA : SHUIB HANTAR SAMPAI KERETA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Adakah Tiada Kebolehan Berbahasa Malaysia Menjadi Alasan Permohonan QC Najib Di Tolak?

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker