Biden umum bantuan ketenteraan RM4.4 bilion untuk Ukraine

Biden umum bantuan ketenteraan RM4.4 bilion untuk Ukraine
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan pakej baharu senjata dan peluru untuk Ukraine pada Rabu selepas bercakap dengan Presiden Volodymyr Zelensky dan mengesahkan sokongan Washington untuk Kyiv dalam memerangi pencerobohan Russia.
Pakej senjata bernilai AS$1 bilion (RM4.4 bilion) termasuk lebih banyak artileri, sistem pertahanan antikapal pantai dan peluru untuk artileri dan sistem roket canggih yang sudah digunakan oleh Ukraine, kata Biden.
Menerusi panggilan telefon dengan Zelensky, Biden berkata “saya mengesahkan komitmen AS akan menyokong Ukraine dalam mempertahankan demokrasinya dan menyokong kedaulatan dan integriti wilayah dalam menghadapi pencerobohan Russia yang tidak diprovokasi,” menurut satu kenyataan AS.
Biden juga mengumumkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$225 juta (RM990 juta) untuk Ukraine.
Dana itu akan digunakan untuk membekalkan makanan, air minuman, bekalan perubatan dan barangan kritikal lain.
“Keberanian, ketabahan, dan keazaman rakyat Ukraine terus memberi inspirasi kepada dunia,” kata Biden.
Pentagon memperincikan bekalan baharu itu termasuk 18 howitzer 155mm dan 36,000 butir peluru untuk mereka; dua sistem peluru berpandu antikapal Harpoon berasaskan darat; dan roket tambahan untuk empat sistem roket ketepatan Himars yang akan diletakkan oleh Ukraine dalam masa terdekat.
Dengan jarak sehingga sekitar 80 kilometer, roket Himars berpotensi memberikan Ukraine keupayaan yang lebih besar untuk menyerang sasaran Russia, dengan lebih ketepatan, dalam pertempuran artileri yang berterusan di sepanjang barisan hadapan.
Pegawai AS berkata kumpulan pertama tentera Ukraine sedang menamatkan latihan penggunaan Himars pada Rabu.
Turut dalam pakej baharu itu ialah ribuan radio dan peranti penglihatan malam serta sistem penglihatan terma, kata Pentagon.
Pakej bantuan senjata baharu itu menyaksikan sehingga kini AS menyumbang AS$5.6 bilion (RM24.63 bilion) nilai senjata kepada Ukraine sejak Russia menyerang pada 24 Februari. – AFP
Biden umum bantuan ketenteraan RM4.4 bilion untuk Ukraine
Disyorkan Untuk Anda :
- Parlimen Sudah Beri Sokongan Pada Bar Council, Badan Kehakiman Dan Jabatan Peguam Negara Bila Lagi?
- Isu Balak Di Kelantan: PAS Salahkan BN Dan Negeri Lain
- PAS Wujudkan Krisis Baharu Dengan Istana Selangor
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.