HAMID GURKHA – SELAMAT DIKEBUMIKAN

"PESANAN ARWAH BERHUBUNG SELALU, JANGAN TINGGALKAN MAK"

HAMID GURKHA - SELAMAT DIKEBUMIKAN

HAMID GURKHA – SELAMAT DIKEBUMIKAN

“Kami reda, ini semua kerja Tuhan, masanya pun sudah sampai. Kami terima saja. Cuma, kami terkilan sangat masa dia pergi kerana tak dapat bersama-sama dengan dia sebab tak boleh masuk wad pengasingan (isolatioan ward) itu. Jadi, bila doktor kata dia dah tak ada memang kami rasa satu tamparan sebab sebelum ini kami selalu ada dengan dia.

“Namun, keluarga saya tetap reda, sebab masanya sudah sampai,” itulah tutur anak bongsu Allahyarham Hamid Gurkha, Nor Ashita, 47, ketika ditemui selepas majlis pengebumian pelawak dan pelakon legenda itu di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, di sini, malam tadi.

Menurut Nor, ahli keluarganya masih terkejut dengan pemergian Hamid kerana ia meninggalkan kesan begitu mendalam buat mereka. Ujar Nor, Allahyarham adalah bekas tentera, namun ketegasan seorang tentera itu sama sekali tidak terpakai dalam mendidik anak-anak, sebaliknya membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.





Dalam pada itu, Nor memberitahu, Allahyarham telah meninggalkan pesanan dimana dia minta agar sentiasa menjaga hubungan sesama ahli keluarga sentiasa menjadi pegangan dan ingatan dalam dirinya. Tambahnya, Allahyarham bapanya tidak mahu mereka adik-beradik bergaduh atau berpecah belah.

HAMID GURKHA - SELAMAT DIKEBUMIKAN

“Dia sentiasa rapat dengan keluarga, walau sakit macam mana pun dia mesti panggil anak dan isteri. Walaupun dia bekas askar tapi dengan anak dan cucu dia biasa saja. Nak kata garang sangat pun tak juga dia biasa saja, hanya seorang bapa yang sayangkan keluarga. Dia selalu nasihat dan akan cakap kepada semua anak-anak untuk jaga mak baik-baik, jaga hubungan silaturahim sesama adik-beradik,” jelasnya.

Sementara itu, anak keempat Allahyarham, Mohd Affandi Hamid, 59, berkata, bapanya adalah individu yang pemurah dan tidak pernah berkira mengenai wang ringgit selain amat penyayang dalam keluarga.

“Orangnya ‘selamba’, pemurah dan tak berkira. Dari segi bayaran untuk tawaran kerja, apa sahaja yang orang bagi dia tak kisah dan saya pun selalu menemaninya untuk ke mana-mana undangan ‘show’ dan sebagainya. Katanya, apa pun bayaran yang diberi, itu adalah rezeki yang dah Allah tulis untuknya.





“Dengan anak-anak dan cucu-cucu dia memang mesra dan tak boleh berpisah. Kali terakhir dia datang ke rumah saya adalah pada Aidilfitri tempoh hari. Selepas itu mulalah dia batuk-batuk dan jatuh sakit, itulah ceritanya,” tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Affandi juga turut berkongsi pesanan arwah kepadanya dan adik-beradik yang lain supaya sentiasa menjaga hubungan sesama mereka: “Pesanan arwah, dia minta kami adik-beradik jangan menjauhkan diri, berhubung selalu, jangan tinggalkan mak (waktu masih ada) dan dia minta maaf kalau ada salah silap,” katanya.

Jenazah Hamid dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, di sini, jam 9.50 malam dengan dihadiri lebih 300 orang termasuk keluarga dan kenalannya.

Selain keluarga, beberapa rakan artis turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat pelakon era 70-an itu antaranya penyanyi, Datuk Nash dan pelakon, Mat Over.

Allahyarham sebelum itu disahkan meninggal dunia pada jam 2.19 petang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.





HAMID GURKHA - SELAMAT DIKEBUMIKAN

 

JASMIN HAMID – ALHAMDULILLAH MAKIN SIHAT

HAMID GURKHA – SELAMAT DIKEBUMIKAN


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Lim Kit Siang Mula Melobi MoU 2.0 Kerajaan & PH

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker