IFA RAZIAH : “BUKANNYA SUAMI AWAK TEPUK PUNGGUNG SAYA

CHETA POT PET MOHON MAAF, VIDA INGIN TAYANG KEKAYAAN 'ASET', SELAIN DUIT

IFA RAZIAH : “BUKANNYA SUAMI AWAK TEPUK PUNGGUNG SAYA

“Rasanya ada juga wanita lain yang buat aksi sama seperti mana kami lakukan. Apa salahnya video tersebut? Bukannya suami awak yang tepuk punggung saya. Perbuatan itu dilakukan sesama wanita. Terima kasih kerana viralkan video tersebut. Saya tidak membaca komen kecaman di media sosial sebab malas nak layan.

“Kami tak buat perkara yang melampau. Bukannya saya berbogel atau selak kain hingga nampak bagaian yang tidak sepatutnya. Video itu hanyalah sekadar gurauan antara kami apabila berjumpa. Itu cara kami gembirakan diri sendiri,” ujar penyanyi Ifa Raziah yang berkata aksi yang dilakukan mereka itu hanya gurauan dan perkara biasa setiap kali mereka berjumpa.

Baru-baru ini hangat diperkatakan video memaparkan usahawan kosmetik dan selebriti sensasi menari di TikTok dan menunjukkan punggung mereka di khalayak ramai.





Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila usahawan sensasi, Kak KM bertindak menepuk punggung mereka seolah mahu ‘menguji kehebatan aset’ mereka. Video tersebut dikecam teruk oleh netizen serta menyifatkan aksi tersebut seolah tiada maruah dan dikatakan semakin melampau.

Dalam pada itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, berkata aksi tersebut dibuat atas persetujuan bersama. Ifa juga menolak kononnya perbuatan tersebut boleh menjatuhkan maruah wanita.

Sementara itu, usahawan Cheta Pot Pet atau nama sebenarnya Rozita Bahrom, 35, telah tampil memohon maaf atas tindakannya itu selepas mendapat banyak komen daripada pengikutnya di laman sosial, susulan aksi tepuk punggung bersama tiga selebriti dan usahawan lain iaitu penyanyi Ifa Raziah, Datuk Seri Vida dan Kak KM yang tular hingga mendapat kritikan pelbagai pihak.


Disyorkan Untuk Anda :

 






“Aksi dirakam itu hanya melawak saja. Tak sangka pula ia menjadi serius. Saya tahu video itu akan dimuat naik di Instagram. Lagipun ada banyak ‘angle’ (sudut) video dirakam. Bila Kak KM dah muat naik, takkan nak marah kawan-kawan kan, sebab saya pun buat aksi tu. Memang tak boleh nak undur semula.

“Diakui ramai juga ‘followers’ saya marah hingga mereka cakap sejak saya terbabit sebagai penaja saya menjadi semakin ‘gedik’. Jadi, saya mohon maaf kepada mereka. Saya baru lagi dalam bidang ni, jadi apabila tukar dan kena kecam, terasa jugalah. Macam yang lain tu mereka sudah biasa,” ujar yang akan lebih berhati-hati dan cuba mengawal diri untuk setiap tingkah laku selepas ini.

Selain Ifa dan Cheta Pot Pet, usahawan terkenal Datuk Seri Vida turut tampil mempertahan tindakannya itu dengan menyifatkan aksi dirakam itu lebih kepada menunjukkan kehebatan ‘aset’ harta. Vida berkata meskipun sudah berusia namun tidak bermakna tidak boleh menayang ‘aset’. Jelasnya lagi, video itu hanya gurauan dengan rakan-rakan sahaja serta menafikan dakwaan dirinya seorang yang jahil tentang agama.


Disyorkan Untuk Anda :


“Itu cara saya tayang kekayaan ‘aset’ selain duit. Mempunyai punggung yang cantik sebenarnya aset juga. Terpulang orang punya penerimaan tapi kita walaupun sudah berumur tak bermakna, tak boleh tayang aset kita, lagi pun itu video kita bergurau dengan rakan-rakan kita yang rapat.





“Secara jujurnya aksi seperti itu kalau berjumpa masing-masing nak tunjuk kelebihan dan apa kehebatan yang ada. Walaupun saya ini sudah berusia lebih 51 tahun, tapi masih ‘kental’. Apa yang dirakam itu saja-saja dan di muat naikkan. Saya rasa orang lain kalau dengan kawan-kawan mesti ada bertepuk tampar macam tu kan?

“Ada duit tak guna kalau kendur sini sana. Saya bukan jahil tentang agama tapi tolonglah jangan pandang negatif sahaja. Sikit-sikit nak kecam saya. Bergurau dengan rakan-rakan sahaja bukannya saya berjoget terkinja-kinja pun. Ada orang beri nasihat, saya terima dan kita belajar sama-sama kesilapan yang telah terjadi,” katanya.

 

PU AMIN BERI TEGURAN ISU TEPUK PUNGGUNG





IFA RAZIAH : “BUKANNYA SUAMI AWAK TEPUK PUNGGUNG SAYA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Lim Kit Siang Mula Melobi MoU 2.0 Kerajaan & PH





 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker