Isu Balak Di Kelantan: PAS Salahkan BN Dan Negeri Lain

Isu Balak Di Kelantan: PAS Salahkan BN Dan Negeri Lain

Isu Balak Di Kelantan: PAS Salahkan BN Dan Negeri Lain

“Masa BN memerintah Kelantan pun tebang balak, masa Nik Aziz pun tebang balak, jadi nak berbangkit apa,” jelas Nik Amar.

Itu jawapan Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Naib Presiden PAS bila ditanya mengenai isu kecurian balak di Kelantan.

Sebelum itu Husam menuntut penjelasan dari kerajaan Kelantan berhubung dakwaan pembalakan terbuka di Hutan Simpan Nenggiri.





Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/623580

Husam juga mendedahkan kompartmen 26 di HSK Nenggiri diwartakan sebagai hutan dara perlindungan.

Namun diluluskan untuk pembalakan kepada anak syarikat kerajaan negeri Kelantan, Daulah Najah Sdn Bhd.

Husam juga mendedahkan terdapat kecurian balak di kompartmen 25, dengan melibatkan kerugian dianggarkan sehingga RM5 juta.





Nik Amar tidak menafikan kemungkinan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mencuri balak di luar kawasan yang ditetapkan.

Tetapi Nik Amar cuba berdolak dalih dengan mengatakan kalau ada anak mencuri, takkan nak kata bapa yang salah?

Maksud Nik Amar, kalau berlaku kejadian kecurian balak, jangan salahkan kerajaan negeri.

Tambah Nik Amar lagi kejadian kecurian balak tidak hanya berlaku di Kelantan tetapi juga di negeri lain.

Jawapan sambil lewa Nik Amar jelas telah menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan.





Kenapa pula hendak dikaitkan kejadian curi balak di Kelantan dengan BN?

Bukankah PAS sudah memerintah Kelantan lebih dari 3 dekad?

Kita mahukan penjelasan mengapa kawasan yang diwartakan sebagai hutan dara telah diberikan permit pembalakan.

Tidak perlu mengaitkan dengan negeri lain kerana lesen pembalakan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan.

Hakikatnya, itulah sikap pemimpin PAS.





Sentiasa mencari alasan dengan menuding jari ke pihak lain untuk menutup kebobrokan sendiri.

Malah nama Allahyarham Nik Aziz juga cuba dikaitkan sebagai alasan!!!

 

Isu Balak Di Kelantan: PAS Salahkan BN Dan Negeri Lain

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker