Krisis makanan dorong perpindahan global lebih tinggi – PBB

Krisis makanan dorong perpindahan global lebih tinggi - PBB
Foto AFP

Krisis makanan dorong perpindahan global lebih tinggi – PBB

GENEVA: Pencerobohan Russia ke atas Ukraine mendorong buat pertama kalinya jumlah perpindahan global melebihi 100 juta, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran krisis kekurangan makanan boleh memaksa lebih ramai lagi meninggalkan kediaman masing-masing.

Ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi, berkata usaha menangani krisis ketidaktentuan makanan global, yang diburukkan lagi dengan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, sangat penting bagi menghalang lebih ramai orang berpindah.

“Jika kamu bertanya kepada saya berapa? Saya tidak tahu, tetapi ia akan menjadi angka yang agak besar,” katanya.

Pencerobohan besar-besaran Russia ke atas Ukraine, sudah mencetuskan kekurangan mendadak bekalan bijirin dan baja, menyebabkan harga global melambung tinggi, disamping ratusan juta orang turut berisiko kelaparan.





“Kesannya, jika ini tidak diselesaikan dengan cepat, ia akan memusnahkan dan kini ia sudah mula memusnahkan,” katanya.

Laporan tahunan UNHCR mengenai perpindahan global menunjukkan rekod tertinggi apabila 89.3 juta orang kehilangan tempat tinggal pada penghujung 2021, lebih dua kali ganda dalam tempoh satu dekad.

Namun sejak Russia melancarkan pencerobohan pada 24 Februari lalu, seramai 14 juta rakyat Ukraine mungkin sudah keluar melarikan diri atau merentasi sempadan sebagai pelarian, mendorong perpindahan global melepasi paras 100 juta buat kali pertamanya.

“Setiap tahun sejak dekad lalu, jumlahnya meningkat. Sama ada masyarakat antarabangsa berkumpul untuk mengambil tindakan bagi menangani tragedi manusia ini.

“Dengan menamatkan konflik dan mencari penyelesaian yang berkekalan, atau mahu melihat trend yang mengerikan ini akan berterusan,” katanya.





Agensi PBB itu mendapati pada akhir 2021, seramai 27.1 juta orang hidup sebagai pelarian, sementara bilangan pencari suaka pula meningkat 11 peratus kepada 4.6 juta.

Untuk tahun ke-15 berturut-turut juga, bilangan orang yang berpindah di negara sendiri akibat konflik turut meningkat mencecah 53.2 juta.

Laporan UNHCR menunjukkan, tahun lalu paling banyak jumlah konflik yang berlarutan khususnya di tempat-tempat seperti Afghanistan, biarpun ketika konflik baharu tercetus.

Pada masa sama, UNHCR memberi amaran kekurangan makanan semakin meningkat, inflasi dan krisis iklim menambahkan lagi kesukaran, selain tahap pembiayaan mendepani krisis juga semakin teruk.

Ini tidak berlaku ke atas Ukraine, kerana limpahan solidariti terhadap rakyat Ukraine yang melarikan diri disambut dengan tangan terbuka di seluruh Eropah.





Grandi memuji tindak balas terhadap krisis di sana, namun menunjukkan perbezaan cara pelarian yang melarikan diri dari peperangan di tempat lain seperti Syria dan Afghanistan.

Ketua pelarian PBB itu mengingati situasi bagaimana pemimpin Eropah sudah memberitahunya negara mereka sudah penuh apabila diminta untuk menerima lebih ramai pelarian dari Syria dan Afghanistan.

“Saya tidak naif. Saya memahami konteks sepenuhnya. Tindak balas yang baik untuk melarikan diri dari Ukraine membuktikan satu perkara penting.

“Ketibaan mereka yang terdesak di pantai atau di kawasan sempadan negara kaya bukanlah sesuatu yang tidak dapat diuruskan,” katanya.

Grandi juga menunjukkan bagaimana sejumlah besar wang disediakan serta-merta untuk bertindak balas terhadap krisis Ukraine, biarpun ada negara Eropah memaklumkan tabung mereka kehabisan dana selepas menerima rayuan untuk mendapatkan lebih banyak bantuan bagi situasi yang lain.





“Tidak boleh ada ketidakadilan dalam tindak balasnya,” katanya. Beliau turut menyuarakan kebimbangan khususnya terhadap krisis Afrika termasuk di Sahel, di mana perpindahan besar-besaran berlaku didorong konflik berkaitan ketidakamanan, tadbir urus yang lemah dan kesan buruk terhadap perubahan iklim.

“Ia adalah lingkaran yang sangat ganas disebabkan pelbagai faktornya,” katanya. – AFP.

 

SHUIB TAK DORONG ANAK-ANAK IKUT JEJAK LANGKAH





Krisis makanan dorong perpindahan global lebih tinggi – PBB


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Lim Kit Siang Mula Melobi MoU 2.0 Kerajaan & PH

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker