Lelaki maut, kereta terbabas hempap bumbung rumah

Lelaki maut, kereta terbabas hempap bumbung rumah
SERIAN: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan menghempap bumbung sebuah rumah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 29, Jalan Kuching-Serian di sini, pagi ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Serian, Bilong Usat, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 6.55 pagi tadi itu membabitkan mangsa berusia 50-an yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.
Katanya, semua mangsa dalam kemalangan membabitkan MPV Toyota Innova, Perodua Kancil dan motosikal itu terdiri empat orang dengan tiga daripadanya cedera ringan.
“Pemandu Toyota Innova yang masih berada di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.
“Anggota pasukan BBP Serian kemudian membantu mengangkat dan mengalihkan mangsa dari dalam kenderaan seterusnya menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bilong berkata, mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Serian sebelum dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.
Lelaki maut, kereta terbabas hempap bumbung rumah
Disyorkan Untuk Anda :
- Parlimen Sudah Beri Sokongan Pada Bar Council, Badan Kehakiman Dan Jabatan Peguam Negara Bila Lagi?
- Isu Balak Di Kelantan: PAS Salahkan BN Dan Negeri Lain
- PAS Wujudkan Krisis Baharu Dengan Istana Selangor
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.