Lim Kit Siang Mula Melobi MoU 2.0 Kerajaan & PH

Lim Kit Siang Mula Melobi MoU 2.0 Kerajaan & PH

Lim Kit Siang Mula Melobi MoU 2.0 Kerajaan & PH

Ahli Parlimen Iskandar Puteri dari DAP, Lim Kit Siang telah mula melobi supaya Ismail Sabri menyambung MoU antara Kerajaan dan PH.

Dalam satu kenyataan Lim Kit Siang berkata, ini adalah peluang terbaik untuk Ismail Sabri mencipta sejarah.

Beliau berkata Ismail Sabri tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk mencipta sejarah dengan melakukan reformasi parlimen.





Ismail Sabri mesti memastikan Wan Junaidi membentangkan Akta Anti Lompat Parti dalam persidangan parlimen yang akan datang.

Parlimen dijadualkan bersidang selama 14 hari bermula pada 18 Julai hingga 4 Ogos 2022.

Lim Kit Siang juga mahu supaya pindaan perlembagaan dilakukan untuk memastikan pemansuhan hukuman mati menjadi realiti.

Menurut Lim Kit Siang, untuk melakukan semua itu, Ismail Sabri mesti memastikan parlimen tidak dibubarkan hingga akhir penggal.

Sangat jelas niat sebenar Lim Kit Siang.





Reformasi parlimen yang dilaungkan hanyalah sekadar retorik.

Matlamat sebenar adalah supaya Ismail Sabri tidak membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat.

Ini adalah kerana Lim Kit Siang sedar, sekiranya PRU 15 diadakan dalam jangka waktu terdekat, PH pasti akan mengalami kekalahan teruk.

Kecuali parti PAN, PKR dan DAP kini sedang mengalami perpecahan dalaman yang sangat serius.

Keinginan Muhyiddin untuk membentuk PH 2.0 yang dijenamakan semula sebagai khemah besar memburukkan keadaan.





Apakah Ismail Sabri akan terpedaya dengan tipu helah Lim Kit Siang atau beliau akan akur dengan kehendak akar umbi UMNO?

 

Lim Kit Siang Mula Melobi MoU 2.0 Kerajaan & PH

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker