PAS Wujudkan Krisis Baharu Dengan Istana Selangor
PAS Wujudkan Krisis Baharu Dengan Istana Selangor
Dalam akaun rasmi Facebook Istana Selangor, Royal Selangor Office, Pesuruhjaya PAS Selangor telah dititahkan menghadap.
Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memanggil Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi untuk menghadap.
Baca di sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=389541796533399&id=100064327463639
Pertemuan di Istana Bukit Kayangan itu berlangsung selama kira-kira sejam.
Adalah dipercayai ia berkaitan ingatan Ahmad Yunus agar umat Islam tidak mengambil bahagian dalam perayaan Bon Odori.
Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama Idris Ahmad memberitahu umat Islam supaya tidak menghadiri Bon Odori.
Idris mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meneliti Bon Odori dan percaya ia mempunyai unsur keagamaan lain.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan menteri itu.
Malah baginda meminta Idris menghadiri majlis berkenaan.
Dari semakan Edisi Siasat, Kerajaan PAS Kelantan sebenarnya telah membenarkan perayaan Bon Odori di negeri itu.
Pada tahun 17 November 2018, perayaan Bon Odori telah di Dewan Jubli Perak, MPKB.
Manakala pada 4 Julai 2019 pula, perayaan yang sama telah diadakan di Taman Memorial Keamanan, Kota Bharu.
Malah ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar bin Abdullah.
Mengapakah sambutan dan perayaan yang sama boleh diadakan di Kelantan tetapi tidak di luar Kelantan?
Apakah pemimpin PAS menggunakan ugama untuk meraih ‘political mileage’, walau pun dengan mewujudkan krisis dengan istana?
PAS Wujudkan Krisis Baharu Dengan Istana Selangor
Disyorkan Untuk Anda :
- Parlimen Sudah Beri Sokongan Pada Bar Council, Badan Kehakiman Dan Jabatan Peguam Negara Bila Lagi?
- Majlis Peguam Berarak Untuk Apa?
- Logika Annuar Musa, Ketua Bahagian Lebih Kanan Dari Ahli MKT UMNO
- Tanpa Isham Jalil, BN Selangor Sunyi Sepi