TULANG KAKI KANAN SARIMAH IBRAHIM BAKAL DIBEDAH

AKIBAT KASUT TUMIT TINGGI

TULANG KAKI KANAN SARIMAH IBRAHIM BAKAL DIBEDAH

TULANG KAKI KANAN SARIMAH IBRAHIM BAKAL DIBEDAH

“Apabila kerap mengenakan kasut tumit tinggi sudah tentulah kaki kita akan mengalami kesakitan. Tambah pula kerjaya saya sebagai selebriti memang kena pakai kasut tumit tinggi selama 26 tahun ini.

“Selepas mendapati kaki sebelah kanan saya seperti tidak normal apabila terdapat bonjolon seperti tulang terkeluar, saya mendapati ada hospital yang menjalankan rawatan Ortopedik (tulang).

“Jadi saya pun berbincang dengan Pakar Perunding Bedah Ortopedik & Trauma, Dr Suresh Siva untuk melakukan pembedahan sebelum hujung tahun ini. Mansion Global





“Disebabkan masalah ini kaki saya tidak boleh berdiri terlalu lama, malah tulang belakang dan leher juga rasa sakit,” demikian kata pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim apabila dia bakal menjalani pembedahan tulang kaki sebelah kanan selepas mengalami kesakitan akibat penggunaan kasut tumit tinggi.

TULANG KAKI KANAN SARIMAH IBRAHIM BAKAL DIBEDAH

Sarimah berkata, dia bakal menjalani pembedahan terbabit di sebuah hospital pakar Ortopedik dikenali ALTY Orthopaedic Hospital sebelum hujung tahun ini. Dalam pada itu, Sarimah meluahkan rasa teruja apabila dirinya dilantik sebagai duta kesihatan untuk hospital pakar tulang.

“Sebagai selebriti sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi kesedaran dan informasi berkaitan kesihatan kepada orang ramai. Usia saya juga sudah mencecah 44 tahun dan sangat sesuai untuk berkongsi mengenai penjagaan kesihatan tubuh badan kepada masyarakat di Malaysia.

“Selain bertindak sebagai duta, saya juga mengacarakan program berkaitan penyakit tulang bersama lapan doktor pakar yang ada di hospital ini,” ujarnya.





TULANG KAKI KANAN SARIMAH IBRAHIM BAKAL DIBEDAH

SARIMAH AHMAD KECEWA

TULANG KAKI KANAN SARIMAH IBRAHIM BAKAL DIBEDAH

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Lim Kit Siang Mula Melobi MoU 2.0 Kerajaan & PH





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker