Kes MARA Corp: Peguam Negara WAJIB Berikan Respon Segera

Kes MARA Corp: Peguam Negara WAJIB Berikan Respon Segera

Kes MARA Corp: Peguam Negara WAJIB Berikan Respon Segera

Apa sudah jadi dengan prinsip Kedaulatan Undang Undang negara?

Pihak yang diberikan amanah dan tanggungjawab mendaulatkan undang-undang negara kini semakin diragui kredibiliti mereka.

Beberapa kes berprofil tinggi dilihat seolah-olah cuba disenyapkan begitu sahaja sehingga menimbulkan persepsi berlakunya kebobrokan dalam sistem perundangan negara.





Sekiranya keadaan berterusan, jangan salahkan masyarakat apabila sistem perundangan negara tidak lagi diyakini, malah mungkin akan dipersendakan.

Terkini sudah menjadi perbincangan umum mengenai status kes rompakan duit MARA Corp oleh 5 pegawai kanan mereka melalui bayaran gaji yang terlalu tinggi.

MARA Corp rugi selepas 5 pegawai dibayar dengan gaji yang terlalu tinggi tanpa kelulusan dari Lembaga Pengarah.

Mereka ialah Noor Irwan Marmin (RM 269,723.80), Rizal Abd Gani (RM207,069.00), Iskandar Zainudin (RM 152,738.48), Mohd Faizal Mat Top (RM168,022.32) danĀ  Mohd Firdaus Zubir ( RM169,802.16).

31 Mac 2022, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menegaskan siasatan terhadap MARA Corp sudah selesai dan beliau yakin akan ada pendakwaan.





Baca di sini:

http://sabahkini2.com/en/news/4639/tiga-pegawai-mara-corp-akan-dituduh-dalam-masa-terdekat-kp-sprm/view

Baru-baru ini timbul pula berita bahawa Peguam Negara akan menggugurkan kes MARA Corp.

Baca di sini:

https://malaysiagazette.com/2022/06/13/3-pegawai-mara-corp-disyaki-salah-guna-kuasa-salah-urus-syarikat-tidak-akan-didakwa/





Sangat mengejutkan kita apabila dilapurkan pegawai yang menguruskan kes MARA Corp sedang ‘berunding’ dengan dengan pegawai Bahagian pendakwaan AGC sejak Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi apabila dilapurkan pegawai dari Iskandar Zainudin Group General Counsel Mara Corp menggunakan kabel pemimpin tertentu untuk menggugurkan kes!!!

Malah dilapurkan kelima-lima mereka masih lagi bertugas seperti biasa seolah-olah mereka kebal dari sebarang tindakan.

Baca di sini:

https://sabahkini2.net/en/news/4778/skandal-mara-corp-azam-kp-sprm-kata-tak-tutup-kes-tapi-pegawai-undang-undang-mara-yakin-bebas/view





Apakah kes-kes berprofil tinggi di Malaysia boleh digugurkan begitu sahaja dengan menggunakan kabel ahli politik?

Sekiranya benar, ianya adalah sesuatu yang sangat-sangat tidak boleh diterima.

Peguam Negara WAJIB memberikan respon segera mengenai isu ini.

Apakah benar kes MARA Corp akan digugurkan?

Sekiranya akan digugurkan, apakah sebabnya kerana SPRM sebagai entiti yang melakukan siasatan sangat yakin mempunyai kes yang kukuh.





Sekiranya pendakwaan akan dilakukan, maka lakukan dengan segera supaya integriti badan perundangan negara tidak diperlekehkan.

Berdiam diri tanpa sebarang tindakan bukanlah pilihan terbaik bagi Jabatan Peguam Negara.

 

Kes MARA Corp: Peguam Negara WAJIB Berikan Respon Segera

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker