Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak

Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB 'Beri' Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak

Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak

Pendedahan saksi pendakwaan ke 17, Tan Siong Sun atau David Tan, 47, bahawa Muhyiddin menerima RM1.3 juta dari Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) telah mengejutkan barisan pendakwaan.

David Tan membuat pendedahan itu selepas diasak oleh peguambela DS Zahid, Zaidi Zainal, dalam pemeriksaan balas berhubung pelanjutan project VLN UKSB.

Peguambela merujuk kepada laporan akhbar bertajuk ‘UKSB teruskan perkhidmatan eNTRI- Muhyiddin’ yang dilaporkan Harian Metro bertarikh 20 Mac 2019.





Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/435913/uksb-teruskan-perkhidmatan-entri-muhyiddin

Selain dari lapuran Harian Metro, peguambela juga merujuk kepada lapuran NST yang bertajuk ‘Muhyiddin: Company handling VLN operate despite probe’.

Baca di sini:

https://www.nst.com.my/news/nation/2019/06/499132/muhyiddin-company-handling-vln-operate-despite-probe





David Tan memberitahu mahkamah, beberapa kod nama TSM adalah merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin telah menerima sejumlah RM1.3 juta berhubung lanjutan kontrak sistem visa luar negara (VLN) UKSB.

Beliau memberitahu mahkamah, Muhyiddin menerima sebanyak RM300,000 yang dicatatkan sebagai ‘Raya’.

Edisi Siasat tidak pasti apakah itu bermaksud duit raya dari UKSB kepada Muhyiddin.

Manakala pada 5 dan 21 Julai Muhyiddin telah menerima RM500,000 menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM1.3 juta.





David Tan mengakui semua bayaran yang dibuat kepada Muhyiddin adalah berhubung pelanjutan project VLN UKSB.

Ketika itu Muhyiddin adalan Menteri Dalam Negeri.

Untuk rekod, ketika itu UKSB sedang disiasat kerana kepincangan sistem eNTRI yang dikendalikan UKSB bagi membenarkan rakyat China memasuki Malaysia selama 15 hari.

Pelaksanaan sistem itu telah gagal menepati matlamat sebagai satu sistem saringan atau tapisan awal keselamatan.

Sistem tapisan eNTRI meluluskan permohonan beruk yang diberikan identiti palsu, tiket penerbangan palsu dan pasport yang sudah disenarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).





Pada 11 Januari 2019, KDN menerusi Facebook rasmi mengumumkan eNTRI yang digantung sebelum ini kembali diteruskan berkuatkuasa 15 Januari 2019.

Mengapakah hanya DS Zahid sahaja yang disiasat dan didakwa di mahkamah sedangkan Muhyiddin langsung tidak diambil keterangannya oleh SPRM di era Latheefa Koya?

Adakah kerana ketika itu Muhyiddin adalah salah seorang menteri dari Pakatan Harapan maka beliau telah ‘disucikan’?

Atau kerana DS Zahid adalah Presiden UMNO yang enggan membubarkan UMNO sebagaimana yang dikehendaki Dr Mahathir?

Ekoran dari pendedahan ini, bukan sahaja Muhyiddin WAJIB disiasat, tetapi Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya juga WAJIB disoal siasat!!!





 

Sumber:

Malaysia Post

 

Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker