‘Mustahil DAP bekerjasama dengan pengkhianat’ – Guan Eng

'Mustahil DAP bekerjasama dengan pengkhianat' - Guan Eng
Lim Guan Eng

‘Mustahil DAP bekerjasama dengan pengkhianat’ – Guan Eng

KUALA LUMPUR: DAP kekal dengan pendiriannya menolak sebarang cadangan kerjasama dengan parti atau individu yang mengkhianati Pakatan Harapan (PH) sehingga gabungan itu tidak dapat terus mentadbir kerajaan pada 2020.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, berkata tiada apa yang boleh mengubah pendirian parti itu walaupun difahamkan sesetengah pihak percaya semua parti pembangkang perlu bekerjasama untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kami tidak akan mengambil pendekatan menang walau dengan apa cara sekalipun, yang bermaksud bekerjasama dengan orang yang tiada rasa bersalah apabila mengambil bahagian dalam Langkah Sheraton.

“Bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan individu yang bekerjasama dengan (Datuk Seri) Najib Razak untuk menumbangkan kerajaan PH? Ia seolah-olah bekerjasama dengan BN,” katanya seperti dilapor FMT hari ini.





Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, ramai penyokong DAP tidak akan dapat menerima idea PH bekerjasama dengan pemimpin pembangkang tertentu, terutamanya yang merancang Langkah Sheraton atas hujah perkauman dan agama.

“Pemimpin-pemimpin ini mampu menggunakan alasan yang sama jika timbul keperluan untuk terus berkuasa selepas PRU-15. Mustahil untuk bekerjasama dengan mereka lagi,” katanya.

Selasa lalu, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Madya Dr Azmi Hassan, berkata berkata, PH tiada pilihan selain bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi memastikan kemenangan pada PRU-15.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Azmi bahawa PH akan “membunuh diri dari segi politik” jika melawan BN dan Perikatan Nasional pada masa yang sama, Guan Eng berkata, pihaknya mengambil pendirian menentang politik khianat.

“Kami bersedia untuk berdepan akibatnya kerana tidak mengorbankan integriti dan prinsip kami dalam perkara ini,” katanya.





Mantan ADUN Johor Lama (PPBM) Umum Keluar Parti

‘Mustahil DAP bekerjasama dengan pengkhianat’ – Guan Eng


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes MARA Corp: Peguam Negara WAJIB Berikan Respon Segera

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker