Penumpang wanita maut bas rempuh treler

Penumpang wanita maut bas rempuh treler
Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dengan treler di KM425.8 PLUS menghala ke selatan, awal pagi tadi. – Foto ihsan Bomba

Penumpang wanita maut bas rempuh treler

HULU SELANGOR: Seorang penumpang bas persiaran maut apabila kenderaan itu terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 425.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 4.30 pagi itu, Hamaizah Fadzilah, 54, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 4.32 pagi.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan 15 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikerahkan ke lokasi kejadian.





Penumpang wanita maut bas rempuh treler
Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dengan treler di KM425.8 PLUS menghala ke selatan, awal pagi tadi. – Foto ihsan Bomba

 

“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran membawa 40 penumpang menghala ke selatan yang dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah treler 20 tan dari arah sama.

“Terdapat seorang penumpang wanita duduk di kerusi paling hadapan, tersepit di bahagian yang remuk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pasukan kemudian segera melakukan operasi untuk mengeluarkan mangsa, manakala pemandu bas serta penumpang lain yang tidak cedera keluar dari kenderaan itu dan berkumpul di tempat selamat.

“Kedua-dua pemandu (bas dan lori) masing-masing berusia 54 dan 70 tahun bersama penumpang bas yang lain tidak tersepit serta dilaporkan tiada mengalami kecederaan.





“Pada jam 5.13 pagi, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Lori rempuh bas, lima terselamat

Penumpang wanita maut bas rempuh treler

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes MARA Corp: Peguam Negara WAJIB Berikan Respon Segera





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker