Perkhidmatan percuma RapidKL, KTM babit subsidi RM155 juta

Perkhidmatan percuma RapidKL, KTM babit subsidi RM155 juta
Ismail Sabri berucap pada Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu semalam. – fotoBERNAMA

Perkhidmatan percuma RapidKL, KTM babit subsidi RM155 juta

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM155 juta bagi memberikan perkhidmatan percuma pengangkutan awam di bawah RapidKL dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lembah Klang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan itu membolehkan penumpang di dua perkhidmatan berkenaan menikmati kemudahan tambang percuma selama sebulan mulai semalam.

Pemberian perkhidmatan percuma Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), Monorel serta bas RapidKL itu dibuat sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu.

Pemberian tambang percuma itu juga diperluaskan kepada perkhidmatan tren KTM Komuter Lembah Klang, membabitkan jajaran Tanjung Malim ke Pelabuhan Klang dan Batu Caves ke Pulau Sebang Tampin, bagi tempoh sama.





Sehubungan itu, katanya, dana bernilai RM155 juta diperuntukkan sebagai subsidi bagi menampung tambang percuma itu, masing-masing RM140 juta bagi pengangkutan awam kendalian RapidKL, manakala RM15 juta bagi perkhidmatan kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terbabit mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam itu dan meletakkan kenderaan masing-masing di ‘Park N Ride’ dan #JomNaikMRT. “MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu akan membolehkan pengguna menikmati pertukaran perkhidmatan yang lancar ke MRT Laluan Kajang membabitkan platform aras sama di stesen Kwasa Damansara.

“Bas perantara dan bas GoKL juga akan disediakan di stesen bagi menyambungkan destinasi pertama dan terakhir. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terbabit dalam menjayakan projek yang bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu: Penghubung Keluarga Malaysia serta aplikasi PULSE semalam.

Ismail Sabri Yaakob meninjau fasiliti di Stesen MRT Kampung Batu pada pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu. – fotoBERNAMA

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.





Terdahulu, Perdana Menteri diiringi Ka Siong, Zafrul, Shahidan, Mustapa serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana (M) Berhad, Mohd Azharuddin bin Mat Sah meluangkan masa mengalami sendiri pengalaman menaiki tren MRT laluan Putrajaya sebelum berhenti di stesen Sri Damansara Sentral.

MRT Laluan Putrajaya dibangunkan dalam dua fasa

MRT Laluan Putrajaya yang dibangunkan dalam dua fasa, menyediakan perkhidmatan kepada lebih dua juta penduduk di koridor bermula dari kawasan Kwasa Damansara ke Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan.

MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer (km) pula membabitkan 12 stesen, termasuk tiga yang ditukarkan daripada MRT Laluan Kajang dengan masa perjalanan adalah selama 24 minit, selain menempatkan 2,836 lot parkir di tujuh kemudahan ‘Park n Ride’.

Jajaran berkenaan turut mengetengahkan empat stesen pertukaran, masing-masing di Kwasa Damansara (dengan MRT Laluan Kajang); Sungai Buloh dan Kampung Batu (dengan KTM) serta Sri Damansara Timur (dengan Stesen KTM Kepong Sentral).

Subsidi dorong orang ramai naik pengangkutan awam

Bercakap pada sidang media di Damansara, Ismail Sabri berkata, subsidi diberikan kerajaan itu adalah dorongan supaya lebih ramai rakyat di negara ini menggunakan pengangkutan awam, sama ada untuk bekerja atau beriadah pada hujung minggu dan hari cuti.





“Penggunaan pengangkutan awam lebih meluas dalam kalangan rakyat dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Saya berharap orang ramai akan terus menggunakan pengangkutan awam ini, walaupun perkhidmatan percuma hanya diberikan selama sebulan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bera.

Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan perasmian pada Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, Taman Batu Permai. – Foto NSTP/Aswadi Alias.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan meneliti tempoh lanjutan perkhidmatan percuma pengangkutan awam dari semasa ke semasa, selain menjelaskan kadar istimewa turut diberi kepada beberapa golongan, antaranya pelajar, warga emas dan orang kelainan upaya.

“Sebelum ini, kerajaan juga sudah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk subsidi sebanyak RM150 kepada golongan terpilih seperti pelajar, warga emas, orang kurang upaya (OKU) untuk menggunakan perkhidmatan awam.

“Namun, kita akan menelitinya dari semasa ke semasa demi menguntungkan orang ramai, selain ketika ini pengguna menikmati subsidi RM150 berbanding RM200 bagi kadar sebenar tambang bulanan keretapi,” katanya.





Ismail Sabri tak ulas kenapa Najib lebih dulu naik MRT Laluan Putrajaya

Mengulas komen orang ramai mempersoalkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diundang menaiki MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, sehari sebelum dirasmikan, Ismail Sabri berkata, pihak MRT Corp berhak memutuskan individu yang mahu dijemput untuk menaiki pengangkutan awam terbabit, sebelum ia dibuka kepada orang ramai.

“Saya tidak mahu mengulas mengapa MRT menjemput beliau (Najib). Saya hanya melancarkan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu hari ini, dan perihal mengenai jemputan adalah hak MRT,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim, menjelaskan undangan kepada Najib dibuat selepas Ahli Parlimen Pekan itu menciap hasrat dan keterujaannya terhadap projek MRT di laman Twitter.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas maklum balas orang ramai di media sosial yang mempersoalkan tindakan itu, selain menyifatkannya sebagai ‘isu berbeza’.





“Beliau (Najib) dalam ciapannya menjelaskan minatnya untuk menaiki MRT dan kerana itu kita membalas ciapannya dengan mengundang Najib menaiki MRT Laluan Putrajaya, kelmarin.

“Malah, kita juga ada mengemukakan undangan sama kepada ketua masyarakat untuk melalui pengalaman sama,” katanya.

Semalam, Najib dilapor memuat naik beberapa keping gambar menaiki MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu bersama ahli keluarganya, sehari sebelum ia dirasmikan Perdana Menteri, selain perkongsian itu mengundang reaksi pelbagai daripada orang ramai.

Azhar resigns as chairman and director of MRT Corp

Perkhidmatan percuma RapidKL, KTM babit subsidi RM155 juta


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes MARA Corp: Peguam Negara WAJIB Berikan Respon Segera

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker