Rakyat Sri Lanka beratur berhari-hari mohon pasport

Rakyat Sri Lanka beratur berhari-hari mohon pasport
Pegawai menyediakan pasport pemohon di Jabatan Imigresen Sri Lanka. – Foto REUTERS

Rakyat Sri Lanka beratur berhari-hari mohon pasport

COLOMBO: Seorang pekerja, R.M.R Lenora terpaksa beratur selama dua hari minggu lalu hanya untuk mendapatkan pasport, seterusnya melarikan diri meninggalkan negara yang kini sedang berdepan krisis ekonomi terburuk.

Dia yang berusia 33 tahun memutuskan untuk memohon pekerjaan sebagai pembantu rumah di Kuwait selepas suaminya diberhentikan kerja sebagai tukang masak di sebuah restoran kecil.

“Suami saya kehilangan pekerjaan kerana tiada gas memasak dan kos makanan melambung tinggi. Sangat sukar untuk mencari kerja dan gaji sangat rendah,” kata Lenora yang mempunyai dua anak dan hanya dia memperoleh kira-kira 2,500 rupee Sri Lanka (RM30) sehari.

Justeru, minggu lalu, dia nekad dengan berbekal baju ganti dan payung berjalan di bawah terik mentari, menaiki kereta api dari bandar Nuwara Eliya, di kawasan berbukit di tengah Sri Lanka untuk mengembara sejauh 170 kilometer (km) ke Colombo, semata-mata mahu memohon pasport pertamanya.





Ketika beratur, Lenora dilihat bersama buruh, pemilik kedai, petani, penjawat awam dan suri rumah yang sebahagiannya terpaksa berkhemah semalaman, hanya untuk lari dari krisis kewangan Sri Lanka, terburuk sejak tujuh dekad lalu.

Menurut data kerajaan, dalam tempoh lima bulan pertama 2022 sahaja, Sri Lanka mengeluarkan 288,645 pasport berbanding 91,331 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Negara kepulauan yang mempunyai 22 juta penduduk itu kekurangan makanan, gas memasak, bahan api dan ubat-ubatan akibat salah urus ekonomi serta diburukkan pandemik COVID-19.

Ketika ini, negara itu berdepan susut nilai mata wang, inflasi melebihi 33 peratus dan kebimbangan ketidaktentuan politik serta ekonomi yang berpanjangan kini mendorong ramai untuk berhijrah.

Kerajaan turut menyokong lebih ramai orang bekerja di luar negara untuk meningkatkan kiriman wang dalam negara.





Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen berkata, 160 anggota kakitangannya sedang berusaha untuk memenuhi permintaan pasport.

Seorang pegawai, H.P. Chandralal berkata, jabatan itu menetapkan kawalan keselamatan, memanjangkan masa bekerja serta menambah tiga kali ganda bilangan pasport yang dikeluarkan tetapi setiap hari, kurang 3,000 orang menghantar borang.

Sistem permohonan dalam talian tertunggak selama berbulan-bulan dan ramai pemohon baharu tidak boleh mendapatkan temu janji yang diperlukan.

“Sangat sukar untuk berurusan dengan rakyat kerana mereka kecewa dan tidak faham bahawa sistem itu tidak dilengkapi untuk menangani permintaan seperti ini. Jadi, mereka marah dan menyalahkan kami tetapi tiada apa yang boleh kami lakukan,” katanya. – REUTERS

Ratusan beratur mohon pasport, mahu keluar dari Afghanistan





 

Rakyat Sri Lanka beratur berhari-hari mohon pasport


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes MARA Corp: Peguam Negara WAJIB Berikan Respon Segera

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker