TOMOK KALAHKAN ADIRA

MUNCUL JUARA MINGGU KEDUA 'KARAOKE SUPERSTAR'

TOMOK KALAHKAN ADIRA

TOMOK KALAHKAN ADIRA

“Terima kasih kepada peminat saya. Saya rasa sudah nak dekat dua tahun saya tidak mempunyai show yang ada peminat, jadi terima kasih semua kerana datang,” tutur penyanyi Tomok apabila dia dan geng kelab peminatnya berjaya menjadi juara untuk minggu kedua program realiti pertandingan nyanyian ‘Karaoke Superstar’, dengan jumlah kemenangan sebanyak 3 kali daripada lima segmennya, sekaligus mengalahkan penyanyi Adira Suhaimi yang mendapat jumlah kemenangan sebanyak 2 kali.

Kata-kata Tomok itu adalah sebagai penghargaan kepada peminatnya yang tetap menyokongnya setelah negara beralih ke fasa endemik. Pengadilan kedua-dua selebriti untuk minggu kedua ini dilakukan oleh penyanyi legend dan juga juri tetap ‘Karaoke Superstar’ yang dikenali dengan komen-komen pedasnya, Mummy Mas Idayu dan disertai dengan pelakon dan penyanyi yang hebat, Zul Huzaimy.

Persaingan ini dimulakan dengan segmen pertamanya iaitu Superfans di mana wakil daripada geng peminat masing-masing membuat persembahan yang memukau untuk menang. Kemenangan pusingan pertama ini diberikan kepada peminat daripada geng kelab peminat Adira bernama Khairul Faiz dengan lagunya ‘Kesempatan Bagimu’.





Persembahan Khairul yang juga merupakan seorang guru dan fasih berbahasa mandarin menarik perhatian Mummy Mas Idayu yang telah memberi komen yang mengejutkan dirinya sendiri.

“Saya pun tidak sangka. Ini merupakan kali pertama saya menyertai program sebesar ini dan mendapat pujian daripada juri yang memang sangat terkenal dalam Malaysia jadi saya memang bersyukur,” ujarnya selepas mendapat pujian daripada Mummy Mas Idayu.

Beralih ke segmen kedua yang dipanggi Karok Uji, persembahan Adira bersama wakil daripada kelab peminatnya sekali lagi berjaya meraih kemenangan dengan lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ nyanyian Anita Sarawak. Kekurangan markah daripada persembahan Tomok bersama peminatnya dengan lagu ‘Kenanganku’ nyanyian Jeffry Din adalah oleh kerana kesalahan lupa lirik yang dilakukan oleh peminatnya secara tidak sengaja.

Pusingan ketiga iaitu Kuiz Karok Star menampilkan artis dan peminatnya yang perlu memilih jawapan paling tepat dalam kuiz-kuiz yang diberikan untuk menjadi pemenang dalam segmen ini. Geng kelab peminat Tomok akhirnya meraih kemenangan dalam pusingan ini dengan mendapat jumlah markah sebanyak 17 markah, mengalahkan geng kelab peminat Adira yang mendapat jumlah sebanyak 9 markah.

Tomok sekali lagi meraih satu markah tambahan dalam pusingan keempat yang dipanggil Mikrofon Misteri kerana dapat meneka persona selebriti rapatnya yang berada di sebalik tabir dengan betul. Ketepatan ini meletakkan markah yang seri kepada kedua-dua selebriti.





Penilaian terakhir pertandingan nyanyian ala berkaraoke antara mereka bergantung kepada persembahan mesh up mereka dalam segmen Messy Up Star, yang juga merupakan segmen penentuan juara pada minggu kedua ini. Lagu yang dinyanyikan oleh Tomok adalah ‘Ku Ada Kamu’, manakala Adira Suhaimi pula menyanyikan lagu ‘Bagaikan Bidadari’.

Walaupun lambat mengumpul markah, Tomok berjaya memukau para juri dan penonton dengan persembahannya yang meletakkan dia sebagai pemenang segmen terakhir sekaligus menjadi juara untuk minggu kedua Karaoke Superstar. Pentas ini ditutup dengan persembahan Tomok dan Mikrofon Misterinya, Naqiu.

Siapakah yang akan merebut gelaran juara minggu ketiga ‘Karaoke Superstar’? Nantikan episod ketiga program pertandingan berkaraoke ini di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam.

TOMOK AKUI TIADA NIAT BUAT KECOH ISU BAYARAN ROYALTI SIKIT





TOMOK KALAHKAN ADIRA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes MARA Corp: Peguam Negara WAJIB Berikan Respon Segera





 

 

 

 

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker