FENDY CALIPH BUSKERS LUAH RASA SYUKUR

TERUS DAPAT BANTUAN

FENDY CALIPH BUSKERS LUAH RASA SYUKUR

FENDY CALIPH BUSKERS LUAH RASA SYUKUR

Pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun sebelum ini pernah meluahkan isi hatinya mengenai bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kini, Fendy berasa syukur apabila luahannya itu sudah mendapat perhatian pihak berkenaan.

Fendy, 31, berkata, dia dihubungi pihak JKM kelmarin untuk maklum balas mengenai urusan bantuan EPC itu dan hari ini dia juga diminta ke ibu pejabat JKM Kuala Lumpur untuk menghantar beberapa dokumentasi diperlukan.

“Terima kasih sekali lagi kerana membantu menyiarkan luahan hati saya berkenaan bantuan EPC itu. Sebelum ini dah bantu berkaitan rumah PPR (Program Perumahan Rakyat). Saya tak sangka akan dihubungi juga oleh JKM untuk tindakan selanjutnya.





FENDY CALIPH BUSKERS LUAH RASA SYUKUR

“Terima kasih juga kepada JKM di atas maklum balas segera ini kerana saya pun sudah menunggu agak lama sejak tahun lalu. Saya berusaha memohon bantuan EPC ini kerana memang layak mendapatkannya berikutan status individu cacat penglihatan,” tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Fendy yang juga bapa tunggal kepada seorang anak perempuan istimewa itu berkata, dengan wang bantuan itu juga secara tidak langsung dapat membantu meringankan perbelanjaan bulanan ditanggungnya selaku orang kelainan upaya (OKU).

FENDY CALIPH BUSKERS LUAH RASA SYUKUR

Katanya, selain menyara diri sendiri, dia juga ada anak perempuan, Nur Azalea Zafirah, 7, yang perlu diuruskan segala keperluannya yang juga OKU cacat penglihatan dan kanak-kanak autisme.





“Saya juga perlu menghantar anak ke sekolah pendidikan khas di Jalan Batu, Kuala Lumpur, manakala kami pula menetap di PPR Bandar Tun Razak, Cheras,” katanya yang memilih perkhidmatan e-hailing berbanding transit aliran ringan (LRT) bagi keselesaan dan keselamatan anaknya itu.

Baru-baru ini, Fendy dilaporkan masih terus berusaha untuk mendapatkan bantuan EPC dari JKM yang layak diperolehnya berikutan status individu cacat penglihatan sekali gus bagi membantu menampung kos sara hidupnya dan anak.

Sebelum ini, Fendy memaklumkan dia pernah mendapat bantuan JKM sebanyak RM500 yang disalurkan kepadanya selama tiga bulan mulai Ogos hingga Oktober tahun lalu. Namun, untuk bantuan EPC itu memang belum lagi diterimanya walaupun urusan dokumentasi sudah beberapa kali dibuat.

 

FENDY CALIPH BUSKERS LEGA PENDAPATAN DAH MULA MASUK





FENDY CALIPH BUSKERS LUAH RASA SYUKUR


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker