FIFY AZMI : “SAYA HALALKAN “

MINTA SUPAYA NORA (PA) HENTILAH 'MEROYAN' MACAM TU

FIFY AZMI : "SAYA HALALKAN "

FIFY AZMI : “SAYA HALALKAN “

Semua sedia maklum mengenai isu yang melanda pelakon Fify Azmi dan pengurus peribadinya (PA), yang dikenali sebagai Nora. Ditanya berkenaan tuduhan pengurus peribadinya itu yang mendakwa dia mengambil dadah, Fify menjelaskan bahawa itu semua fitnah.

Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 32, berkata, Nora sama sekali tidak menjawab soalan mengenai wang sebanyak RM15,000 yang dimasukkan dalam akaunnya, sebaliknya mahu terus berselindung dengan membuka aib orang lain.

Menurutnya, dia sedar wang itu tidak akan dapat dikembalikan dan sudah tidak mahu mengambil tahu apa yang diperkatakan oleh bekas pembantu peribadinya itu.





“Itu semua fitnah! Dia sendiri pun tahu fitnah ini memang berdosa, ia satu kesalahan yang sangat besar. Lagi kita memfitnah orang, buka aib orang dan tak berkaitan pula dengan soalan saya iaitu di mana duit saya? Awak tak perlu buka aib orang sebab awak bukannya suci mana pun.

FIFY AZMI : "SAYA HALALKAN "

“Buka aib orang ini memang sangat salah dan tak baik. Bila ada masalah yang awak sendiri buat, awak dah bersalah dan tak tahu nak selesaikan, awak buka pula aib orang yang tak benar dan tak betul pula.

“Jadi, biarlah dia nak ‘meroyan’ atau nak cakap apa sebab saya pun tahu memang tak akan dapat duit balik. Itu tak apa, dia kena dekat akhirat nanti biar Allah yang balas,” ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.


Disyorkan Untuk Anda :


 





Bagaimanapun, Fify yang juga pelakon filem ‘Wira’ itu menghalalkan segala wang yang sudah diambil atau digunakan Nora selain reda dengan apa yang berlaku.

“Maafkan itu tak sebenarnya, saya halalkan dan minta supaya Nora hentikanlah ‘meroyan’ macam itu sebab kesian dekat dia. Kalau pertahankan diri macam mana sekalipun, awak keluarkan kenyataan macam itu semua orang nampak. Awak kena lagi teruk, jadi saya kasihankan dia.

“Kena tetap halalkan, hati kena ikhlas. Saya dah reda, kalau ikutkan waktu awal-awal tempoh hari memang saya sedih dan saya kecewa. Jadi bila dah macam ini, reda sajalah. Lagipun tak apalah, duit boleh cari. Insya-Allah, saya percaya rezeki itu ada,” katanya.

Terdahulu, Fify mengalami kerugian sebanyak RM15,000 dan mendakwa ia dilarikan bekas pembantu peribadinya, Nora. Nora kemudian tampil menjelaskan dia tidak menyedari wang itu dimasukkan ke dalam akaunnya oleh syarikat produksi. Dalam masa sama, Nora turut mendakwa Fify pernah mengambil dadah.

FIFY AZMI : "SAYA HALALKAN "





FIFY AZMI AKUI SHARNAAZ HANYA SEKADAR KAWAN, TEMPAT MINTA NASIHAT

FIFY AZMI : “SAYA HALALKAN “


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker