Hobin lega Khair Jones disahkan cergas

Hobin lega Khair Jones disahkan cergas
Pemain NSFC, Khair Jones (kanan) disahkan cergas untuk aksi bertemu Melaka United FC di Stadium Hang Jebat malam esok.

Hobin lega Khair Jones disahkan cergas

SEREMBAN: Persiapan Negeri Sembilan FC (NSFC) menjelang pertembungan dengan Melaka

United FC pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam esok, tampak berjalan lancar apabila semua pemain utama boleh diturunkan.

Situasi itu dinyatakan sendiri ketua jurulatih NSFC, K Devan yang lega apabila tonggak pertahanan pasukan itu, Khair Jones, sudah pulih daripada kecederaan sekali gus boleh diturunkan pada perlawanan berkenaan.

“Persiapan kita untuk bertemu Melaka dalam keadaan yang baik dan lancar selepas Khair Jones pulih daripada kecederaan, manakala pemain utama yang lain juga dalam situasi memberangsangkan.





“Saya puas hati dengan persiapan kerana pemain menunjukkan keinginan yang tinggi untuk membantu pasukan mendapatkan mata walaupun bakal beraksi di gelanggang lawan.

Fokus kita untuk mendapatkan mata kemenangan,” katanya di sini, hari ini.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Pengendali berusia 62 tahun itu juga berharap momentum baik yang dibawa dua pemain pasukan itu yang beraksi bersama skuad Harimau Malaya di pentas kelayakan Piala Asia iaitu Ahmad Khuzaimi Piee dan Syihan Hazmi Mohamed, dapat menyuntik semangat kepada rakan lain untuk beraksi cemerlang.

“Kedua-dua pemain ini menunjukkan sikap yang positif dan bersikap profesional dengan masing-masing menyatakan kesediaan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama malam esok.





“Saya berharap mereka dapat kekalkan prestasi terbaik kerana pertembungan dengan Melaka ini penting untuk kita kutip mata bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam carta liga,” katanya yang bangga dengan prestasi Khuzaimi dan Syihan dalam skuad kebangsaan.

Mengulas mengenai kehadiran dua pemain import baharu iaitu Yashir Pinto dan Gustavo Dos Santos, Devan yang membawa skuad Hobin Jang Hobin menjulang kejuaraan Liga Perdana musim lalu, menjelaskan kehadiran mereka bertujuan menguatkan lagi kekuatan pasukan

MIRA FILZAH & SUAMI UMUM NAMA ANAK, ‘WAN KHAIR AMIR’

Hobin lega Khair Jones disahkan cergas

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker