Sekolah, pejabat kerajaan di Sri Lanka ditutup

Sekolah, pejabat kerajaan di Sri Lanka ditutup
Pemandu pengangkutan awam sedang menunggu untuk membeli petrol di stesen minyak akibat kekurangan bahan api di Colombo. – Foto AGENSI

Sekolah, pejabat kerajaan di Sri Lanka ditutup

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka mengumumkan penutupan dua minggu pejabat dan sekolah kerajaan kerana pengangkutan awam hampir terhenti disebabkan kekurangan dolar untuk membayar bahan api yang diimport.

Kementerian Pentadbiran Awam mengarahkan semua jabatan, institusi awam dan majlis tempatan mengekalkan perkhidmatan asas mulai Isnin ini sebagai tindak balas kepada kekurangan petrol dan diesel yang teruk.

“Oleh kerana pengangkutan awam yang terhad serta ketidakupayaan untuk mengatur kenderaan persendirian, diputuskan untuk mengekang secara drastik bilangan pekerja yang melaporkan diri ke tempat kerja,” kata perintah kementerian itu.

Sri Lanka berdepan krisis ekonomi terburuk sejak mencapai kemerdekaan pada 1948 dan tidak dapat membiayai import barangan keperluan seperti makanan, ubat-ubatan dan bahan api sejak akhir tahun lalu.





Negara itu juga menghadapi rekod inflasi yang tinggi dan pemadaman kuasa yang berpanjangan, semuanya menyumbang kepada protes selama berbulan-bulan, dengan kadang-kalanya bertukar menjadi ganas menggesa Presiden Gotabaya Rajapaksa untuk berundur.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Awal minggu ini, pihak berkuasa mengisytiharkan semalam sebagai cuti dalam usaha untuk menjimatkan bahan api.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan pula berkata semua sekolah diminta untuk ditutup selama dua minggu mulai Isnin dan memastikan pengajaran dalam talian jika pelajar dan guru mempunyai akses kepada bekalan elektrik.





Perintah penutupan itu dibuat sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan tindak balas kecemasannya terhadap krisis ekonomi yang belum pernah terjadi sebelumnya di pulau itu dengan memberi makan kepada ribuan wanita hamil yang menghadapi kekurangan makanan.

Empat daripada lima orang di Sri Lanka sudah mula melangkau makan kerana tidak mampu untuk makan, kata PBB memberi amaran mengenai ‘krisis kemanusiaan yang mengerikan’.

Program Makanan Sedunia (WFP) berkata, ia mula mengedarkan baucar makanan kepada kira-kira 2,000 wanita hamil di kawasan terpencil Colombo sebagai sebahagian daripada ‘bantuan menyelamatkan nyawa’, semalam.

WFP cuba mengumpul AS$60 juta untuk usaha bantuan makanan antara Jun hingga Disember.

Sri Lanka gagal membayar hutang asingnya berjumlah AS$51 bilion pada April lalu, dan sedang berbincang dengan Tabung Kewangan Antarabangsa untuk mendapatkan ‘bailout’. – AFP





Netizen kecam salah eja nama jambatan

Sekolah, pejabat kerajaan di Sri Lanka ditutup


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker