41 maut, jutaan terkandas akibat banjir di Bangladesh

41 maut, jutaan terkandas akibat banjir di Bangladesh
Anggota tentera Bangladesh membantu menyelamatkan mangsa banjir di wilayah Sylhet. – Foto AFP

41 maut, jutaan terkandas akibat banjir di Bangladesh

SYLHET: Ribut monsun di Bangladesh setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 41 mangsa dan mengakibatkan banjir besar yang menyebabkan jutaan orang terkandas.

Banjir menjadi ancaman biasa kepada berjuta-juta orang di dataran rendah di Bangladesh, tetapi pakar berpendapat perubahan iklim meningkatkan kekerapan, keganasan dan ketidakpastian cuaca sejak kebelakangan ini.

Hujan tanpa henti menyebabkan sebahagian besar kawasan timur laut negara itu berada di bawah air dan anggota tentera dikerah bagi menyelamatkan penduduk yang terjejas.

Pihak berkuasa menangguhkan ujian tamat pengajian sekolah menengah yang akan diadakan di seluruh negara, dengan ratusan bilik darjah kini digunakan sebagai tempat perlindungan sementara bagi mereka yang rumahnya ditenggelami air.





Seorang penduduk di perkampungan Companygan, Lokman, berkata keseluruhan kampungnya ditenggelami air sejak awal pagi semalam dan semua penduduk terkandas.

41 maut, jutaan terkandas akibat banjir di Bangladesh

41 maut, jutaan terkandas akibat banjir di Bangladesh

“Selepas menunggu seharian berlindung di atas bumbung rumah, seorang jiran menyelamatkan kami menggunakan bot. Menurut ibu saya, beliau tidak pernah mengalami banjir sebesar ini sepanjang hidupnya,” katanya.

Pihak berkuasa di negara Asia Selatan itu memberitahu AFP bahawa 21 daripada 41 mangsa maut akibat dipanah petir susulan ribut monsun sejak petang semalam.





 


Disyorkan Untuk Anda :


 

Antara mangsa yang dipanah petir termasuk tiga kanak-kanak berusia antara 12 dan 14 tahun semalam di bandar terpencil, Nandail, menurut ketua polis tempatan, Mizanur Rahman.

Sementara itu, Inspektor Nurul Islam memberitahu AFP bahawa empat lagi mangsa terbunuh apabila tanah runtuh menimbus rumah mereka yang terletak di kaki bukit di bandar pelabuhan Chittagong,

Ketua Pentadbir Kerajaan di Sylhet, Mosharraf Hossain, berkata banjir bertambah buruk pagi tadi selepas cuaca reda sedikit petang semalam.





“Keadaan kini teruk, lebih empat juta orang terkandas akibat banjir dan seluruh wilayah ini terputus bekalan elektrik,” katanya.

Banjir juga memaksa penutupan lapangan terbang antarabangsa ketiga terbesar di Bangladesh yang terletak di Sylhet semalam.

Menurut ramalan kaji cuaca, banjir dijangka bertambah buruk dalam tempoh dua hari lagi susulan hujan lebat di Bangladesh dan kawasan hulu sungai di timur laut India

Malah, sebelum hujan lebat minggu ini, wilayah Sylhet masih lagi dalam proses pemulihan daripada banjir terburuk dalam tempoh dua dekad lewat bulan lalu, yang mengakibatkan 10 mangsa terbunuh dan lebih empat juta terjejas. – AFP

41 maut, jutaan terkandas akibat banjir di Bangladesh





 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kes Zahid: Saksi Pendakwa Dedah UKSB ‘Beri’ Muhyiddin RM1.3 Juta Untuk Lanjut Kontrak





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker